Suami Pukul Isteri Mengandung Hingga Keguguran Dibelasah Bapa Mertua

Sebab tu orang kata kita jangan cepat menghukum sebelum dengar cerita daripada dua belah pihak.

Baru-baru ini, video seorang lelaki dipukul tanpa belas kasihan tersebar luas di media sosial tempatan di India dan telah menaikkan kemarahan ramai orang.

Namun, di sebalik serangan itu ternyata ada kisah yang lebih kejam.

Hardik Bharwad dari Ahmedabad dilaporkan dibelasah oleh bapa mertuanya serta beberapa lagi lelaki lain kerana telah memukul isterinya, Ratan Bharwad sebelum itu.

Menurut Times of India, pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan dan hasil maklumat yang diterima daripada saudara, telah berlaku perbalahan antara mereka selepas Hardik meminta sebuah kereta daripada isterinya itu.

Ketika dipukul, Ratan dilaporkan mengandung! Akibat dipukul, wanita itu mengalami keguguran dan kecederaan di bahagian mata kirinya!

Mata kirinya tidak boleh melihat,” kata Rambhai Bharwad, ayah Ratna.

Sumber: Times of India

Menyedari bahawa dirinya dalam bahaya, Ratan kemudian pulang ke rumah ibu bapa selepas diserang suami. Tetapi, Hardik dengan begitu berani masih mengikuti dan cuba menyerang Ratan sekali lagi di rumah ibu bapa wanita itu. Ehhhhh dia niiiii.

Terdahulu, perselisihan di antara mereka bermula apabila Ratan dan keluarganya mendapat tahu bahawa Hardik telah berkahwin secara rahsia dua tahun lalu, meskipun sudah dikurniakan anak perempuan bersama Ratan.

Kami telah memfailkan aduan terhadapnya selepas itu namun dipujuk oleh Ratan kerana tidak mahu anak perempuannya kehilangan seorang ayah. Jadi, kami batalkan sahaja aduan tersebut,” kata Rambhai.

Saudara mara pernah menangkap dan memukul Hardik namun Ratan kemudian masuk campur dan menyebelahi suaminya itu. Alaaa, susah lah nak selesai kalau macam ni…

Selepas dibelasah teruk oleh bapa mertuanya, Hardik terus ke hospital swasta dan membuat laporan tentang mereka yang memukulnya.

Polis kemudian menahan empat lelaki termasuk Rambhai namun selepas mengambil keterangan, polis kini sedang memantau keadaan Hardik di hospital dan akan menahan serta mengambil keterangannya pula sebaik sahaja lelaki itu pulih.

Keluarga Ratan pula telah memfailkan aduan meminta semula mas kahwin selain aduan tentang gangguan mental dan fizikal yang dilakukan Hardik kepada isterinya.

Haa padan muka kau! Takde perasaan ke pukul isteri tengah mengandung?!

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!