in

Suami Pukul dan Botakkan Kepala Isteri Kerana Syak Ada Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain

Botak Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebahagiaan seorang isteri ialah apabila dia memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Namun, hidup seorang isteri juga boleh jadi merana apabila mempunyai suami yang kejam, kaki pukul dan panas baran. Aduhai…


Hal inilah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia telah dipukul dan dibotakkan kepalanya oleh si suami yang menyangka dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suri rumah yang malang itu telah menghubungi bapanya yang tinggal di Petaling Jaya untuk memberitahu niatnya ingin berpindah ke rumah orang tua tersebut.

Apa yang mencurigakan bapa mangsa ialah anaknya yang tinggal di Taman Kluang Setia, Johor kedengaran menangis menerusi panggilan tersebut, namun tidak pula diberitahu apa sebabnya.

Namun pada keesokan paginya, dia telah dikejutkan dengan beberapa mesej WhatsApp daripada besannya yang menunjukkan gambar mangsa yang cedera akibat kesan pukul.

Screen Shot 2017 11 15 At 6.21.04 Pm
sumber: facebook
Screen Shot 2017 11 15 At 6.21.16 Pm
sumber: facebook

Risau dengan situasi anak perempuannya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membuat laporan polis dan memuat naik gambar-gambar tersebut di laman Facebook.

23519369 363797187408037 2958726629693925137 N
sumber: facebook

Berdasarkan siasatan polis, suami mangsa yang bekerja sebagai kontraktor telah memukul serta membotakkan kepala isterinya kerana mengesyaki wanita tersebut curang.

Suspek telah memukul kepala dan muka isterinya menggunakan tangan. Walaupun mangsa cuba menghentikannya, dia tidak berjaya dan mengalami kesan lebam di bahagian muka, kepala dan kedua-dua tangannya. Suami mangsa juga telah mencukur kepala wanita itu sehingga botak.” 

— Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham.

23471977 363797144074708 453640135852608146 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, mujurlah wanita itu telah berjaya diselamatkan ibu mertuanya yang kemudian memujuk mangsa untuk membuat laporan polis terhadap anaknya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, ibu mertuanya juga telah memaksa mangsa untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital, namun mangsa menolak.

Susulan daripada laporan polis yang dibuat, suami yang kejam itu telah ditahan polis dan disahkan positif dadah methamphetamine. Patutlah! Kes ini sedang di siasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan Akta Keganasan Rumah Tangga.

23472898 363797157408040 5610891128763997857 N
sumber: facebook

Entri Facebook yang dimuat naik bapa mangsa pula telah dipadam untuk mengelakkan pertelingkahan antara dua keluarga yang mana difahamkan suspek juga berasal daripada keluarga yang bermasalah.

Teringat pula kata-kata Prof Muhaya suatu masa dulu. Wanita yang malang adalah wanita yang tersalah memilih suami. Harap mangsa bangkit daripada trauma yang menyelubungi dirinya dan bahagia bersama anak-anak. 

Baca: Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani

Pukul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.