Dua tiga hari ni boleh dikatakan media sosial kita ‘panas’ dengan isu air mineral mahal berjenama Evian yang dihidangkan ketika berlangsungnya Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.
Tak dapat dinafikan, isu tersebut telahpun viral sehingga ke hari ini kerana rata-rata mengatakan bahawa harga sebotol air berjenama premium itu boleh menurunkan lagi harga ayam di pasaran lebih dari 20 sen.
Belum surut dengan isu kos sara hidup itu, Nedim Nazri Aziz iaitu suami kepada pelakon terkenal tanah air, Nora Danish telah dikecam teruk oleh warganet di Twitter gara-gara tweet yang dimuatnaik pada 3 Februari.
Teruk sangat orang bebal sekarang ni , pasal air mineral pun depa cari point 😂.
These type of young generation nak jadi future leader ? Mampuih .
— NNA 🇲🇾 (@NedimNazriAziz) February 3, 2022
“Orang tak cakap pasal air pun…”
Tweet yang ditulis sendiri menerusi akaunnya @NedimNazriAziz disifatkan agak keterlaluan oleh netizen kerana ayatnya yang kedengaran agak sinis lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
“Teruk sangat orang bebal sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point” – Nedim
Menurut K! Online, rata-rata menyatakan kekecewaan mereka di bahagian replies dan juga quotes tweet milik Nedim malah turut ada yang mengungkit isu mangsa banjir dikatakan ‘demand’ oleh Nedim pada hujung tahun lalu.
Bukan itu sahaja, netizen yang lain juga mengatakan bahawa mereka hanya menyuarakan pendapat mereka kerana mesyuarat yang diadakan baru-baru ini adalah berkaitan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi di negara kita dan keberadaan air mineral premium itu amatlah tidak sesuai.
Min faham yang kos sara hidup memang makin meningkat, jadi kita dah kena pandai rancang perbelanjaan kita dari sekarang supaya semuanya berada di bawah kawalan. Betul tak?
Baca: Hidang ‘Air Botol Premium’ Semasa PM Mesyuarat Kos Sara Hidup, Cetus Pelbagai Reaksi