in

Suami Guna Taktik Cari Harta Karun Untuk Beri Kejutan Kepada Isteri, Hadiahkan iPhone 7

Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri mana tidak gembira apabila mendapat hadiah daripada suami tercinta, lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut merupakan sesuatu yang tinggi nilainya.


Seorang wanita bernama Aein Suraya telah berkongsi kegembiraannya di Facebook menceritakan usaha suami merancang pencarian harta karun khas buat dirinya. Cerita bermula apabila Aein pulang ke rumah dan memasuki bilik tidur lalu ternampak dua keping nota kecil di atas katil yang telah ditulis oleh suaminya.

19894710 685603688301890 2101107846440064343 N E1500973587718
sumber : facebook

Suaminya telah menulis beberapa nota meninggalkan petunjuk yang mudah buat isterinya untuk meneroka kawasan perumahan mereka bagi mencari harta karun tersebut.

Apabila sampai ke tempat yang dikatakan, suaminya memberi satu lagi petunjuk yang menandakan lokasi tepat harta karun yang dirahsiakan itu. Mesti berdebar, tak sabar nak tahu.

20046688 685603704968555 7017199334550546981 N E1500974132972
sumber : facebook
20106755 685603728301886 1177135682788677622 N E1500974155416
sumber : facebook

Aein kemudian beredar dari situ dan menghala ke kawasan di mana dia kebiasaannya akan membakar sampah sarap yang terletak tidak jauh dari pasu tersebut.

Tibanya di kawasan yang dimaksudkan, isterinya menjumpai satu lagi nota yang menunjukkan petunjuk terakhir bagi pencarian harta karun tersebut. Tanpa berlengah, Aein mula menggali sebelum terjumpa sebuah tin biskut lama yang diisi dengan sesuatu di dalamnya.

19990368 685603794968546 2447560680520428641 N E1500974812135
sumber : facebook
19959351 685603814968544 7536411683637570924 N
sumber : facebook

Apabila tin biskut itu dibuka, dia terus terkejut melihat sebuah kotak edisi terbaru dari Apple. Harta karun tersebut rupa-rupanya merupakan sebuah iPhone 7 Plus edisi khas warna merah. Untunglah!

Namun, hari tersebut bukanlah hari ulangtahun ataupun hari lahir Aien, suaminya telah menanam kotak tersebut dan merancang semua itu kerana ingin membuat kejutan khas buat isterinya walaupun tiada acara yang istimewa. So sweet!

19989398 685603851635207 4654903620759770690 N
sumber: facebook
20108547 685603921635200 8917929952256383506 N E1500975874646
sumber : facebook

Rupa-rupanya, pada awal bulan lalu Aein juga telah membuat kejutan buat suaminya yang menjadi tular di media sosial sehingga dilaporkan dalam surat khabar.

Aein telah menghadiahkan suaminya wang sebanyak RM3,000 selepas melihat wang di dalam dompet lelaki itu hanya tinggal RM3.

1 42
sumber : facebook
7 14 E1500977315980
sumber : facebook

Bertuah sungguh masing-masing dikurniakan dengan pasangan yang saling berusaha untuk membahagiakan satu sama lain.

Kalau ada duit apa salahnya sekali-sekali bagi hadiah ye dak. Asalkan dia mampu!

Baca : Anda Pasti Mahu Suami Beri Kejutan Seperti Lelaki Ini Lakukan Kepada Isterinya

2 16 E1500977365330

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.