Selain K-pop, peminat drama dan filem dari Korea Selatan juga makin ramai. Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia mula menerima K-drama. Tengok je lah macam mana penangan Squid Game yang masih menjadi sebutan sampai hari ini.
Baru-baru ini, dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, Senator Mohd Apandi Mohamad telah membuat dakwaan mengatakan drama Korea adalah antara punca kecenderungan membunuh diri terutamanya di kalangan remaja.
Semua cerita (K-drama) mesti ada bunuh diri. Setuju tak, bila gagal, bunuh diri. Adakah mereka terpengaruh dengan drama-drama Korea ni?”
PAS Senator Mohd Apandi claims that Korean dramas have contributed to teenage suicides in Malaysia.
He told the Dewan Negara, K-dramas tend to depict suicides as common for those who feel they have failed in life.
"Agree or not, when there’s a failure, there’s suicide.” pic.twitter.com/TfwsnUfXJ2
— BFM News (@NewsBFM) October 13, 2021
Ekoran ini, ramai netizen telah membidas dakwaan tersebut dan berpendapat lebih banyak drama Korea yang memberikan inspirasi. Lebih-lebih lagi bila dakwaan tersebut tidak didukung dengan fakta mahu pun statistik.
Tak cukup dengan itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq turut menyangkal kenyataan ini melalui Twitter peribadinya.
Menurut Syed Saddiq, ini merupakan kali pertama dia mendengar kenyataan menyalahkan K-drama dan bukan tekanan, gaji rendah atau kos sara hidup.
Tambahnya lagi, filem adalah cerminan masyarakat, jadi penonton hanya perlu belajar dari apa yang mereka tengok.
Takkanlah berhenti tengok Hometown Cha Cha Cha, hilang semua masalah??”
First time saya dengar cubaan salahkan K Drama dalam isu bunuh diri. Bukan tekanan, gaji rendah, kos sara hidup.
Tapi K Drama??
Filem ni cerminan masyarakat. Ada babak bunuh diri, kita belajarlah dari situ.
Takkanlah berhenti tengok Hometown Cha Cha Cha, hilang semua masalah?? pic.twitter.com/I4VoT9zvRP
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 14, 2021
Sangkalan Syed Saddiq ini turut mendapat sokongan dari netizen lain yang berpendapat Senator PAS ini hanya membuat andaian menerusi K-drama yang sedang popular sekarang iaitu Squid Game.
Apa pendapat korang? Betul ke drama boleh mempengaruhi pemikiran seseorang?
Baca: Terlalu Terpengaruh Dengan K-Drama Didakwa Antara Punca Kes Remaja Bunuh Diri?