in

“Stop tanya-tanya” – Janna Nick Emosi Kongsi Perjalanan ‘TTC’, Minta Orang Doakan

Syaz Ft 2024 11 05T133959.542

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pasti mahu mendapatkan zuriat. Namun, ianya tidaklah semudah yang disangka.

Sama seperti pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang kini masih dalam usaha mendapatkan zuriat atau kata lainnya trying to conceive (TTC) sejak mereka berkahwin pada 2023.


Artikel berkaitan: Janna Nick Dikecam Gelakkan Cara Ashraf Muslim Buang Saka Dari Badannya

Artikel berkaitan: “Itu ikut isu semasa ketika itu” –  Janna Nick Perjelas Isu Video Dikatakan ‘Sindir’ Ruhainies

Pun begitu, komen dari netizen khususnya, membuatkan Janna dan Dini sedikit terkesan apabila ada yang meninggalkan komen berbaur kecaman hanya kerana mereka belum menimang cahaya mata lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Janna meluahkan rasa kesal serta sedih kerana apa yang dilaluinya tidaklah semudah yang disangka, malah dia juga berkongsi dia sudah setahun melakukan rawatan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan zuriat.

“Saya tahu ramai isteri yang sedang berusaha untuk hamil (TTC) merasakan perkara yang sama atau lebih teruk lagi.

Masyarakat terlalu biasa membudayakan bertanya kepada orang bila mereka akan mempunyai anak, tetapi hari ini, saya mahu menormalisasikan meluahkan emosi saya sebagai pejuang TTC,” tulisnya di kapsyen.

Pelakon Kimchi Untuk Awak itu juga meluahkan dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat dan dia serta suaminya tidak mempunyai masalah kesihatan melainkan kandungan telurnya yang sedikit untuk umurnya.

Dia juga berharap agar orang ramai berhenti bertanyakan mengenai anak kepada mereka, serta meinta doa yang baik-baik daripada peminatnya.

Stay strong Janna!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.