in

“Steady je catwalk dalam train bergerak “-[VIDEO] Ramai Puji Aeon Malaysia Buat Pertunjukan Fesyen Dalam MRT

F1 Eon Fs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita tengok pertunjukan fesyen sering diadakan di tempat yang besar seperti di pusat beli belah, hotel atau dewan kan.


Namun, Aeon Retail Malaysia kali ini telah mencipta kelainan apabila pihak marketing mereka menganjurkan fashion show di dalam gerabak MRT yang sedang bergerak!

Baru-baru ini, video pertunjukan fesyen baju-baju yang dijual oleh Aeon telah tular di TikTok setelah dikongsikan menerusi akaun Aeon Retail Malaysia.

@aeonretailmalaysia

Bukan selalu dapat tengok MRT jadi fashion runway. Hanya di AEON Fashion Preview. ✨? #AFP2022 #AEONFashionPreview #AEONFashionPreview2022 #AEONRetailMalaysia #AEONMalaysia #AEONBiG #myAEONLifestyle #InnerCasual #InnerCasualMalaysia

♬ Hola – :):

Dalam video yang berdurasi selama 12 saat itu, dapat dilihat model-model lelaki dan wanita buat catwalk sambil memperagakan koleksi pakaian-pakaian terbaru yang dikeluarkan oleh Aeon.

Boleh nampak juga ada beberapa influencer terkenal yang turut hadir ke fashion show dalam MRT tersebut.

Eon Fs 4

Difahamkan, MRT yang dinaiki oleh mereka itu memang bergerak dari stesen Surian ke AEON Taman Maluri.

Jangan risau, menurut admin TikTok Aeon Retail Malaysia juga, pihak mereka telah menyewa khas gerabak MRT berkenaan dan pertunjukan itu juga telah berlangsung bukan pada waktu puncak.

Jadi, tak ada la ganggu pengguna pengangkutan awam yang lain ketika orang ramai sedang sibuk nak pergi kerja waktu pagi-pagi kan.

Eon Fs 2

Eon Fs 3Ramai netizen juga telah memuji idea kreatif pihak AEON mengadakan fashion show di MRT dan baju-baju mereka juga cantik dan sesuai untuk orang marhaen macam kita iaitu golongan B40 dan M40.

Eon Fs 5

Eon Fs 6

Selain itu, rata-rata netizen juga memuji profésionalisme model-model tersebut kerana mereka tenang je buat catwalk walaupun dalam tren yang sedang bergerak.

Selalunya orang biasa macam kita kalau berdiri dalam LRT atau MRT, mesti akan rasa goyang-goyang sikit, Kalau berjalan dalam tu pulak, confirm kena berpegang dekat sesuatu kan.

Tapi model-model ini pula tak nampak goyang langsung. Memang cool!  

Sumber: TikTok @aeonretailmalaysia 

Baca: Mengikut Sains, Ini 6 Sebab Kenapa Manusia Malas Kembalikan Semula Troli Pasar Raya Ke Tempat Asalnya

Eon Fs 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.