in

“Start makan hormon form 2” – Video Throwback Dokumentari Maknyah Sajat Kembali Hangat Di ‘Socmed’

Sajat8

Memandangkan kemuculannya di media sosial berimej wanita mendatangkan kemarahan orang ramai, nama Sajat kini menjadi trending  di nombor satu di Twitter.

Bengang dengan sikapnya yang dikatakan tidak sensitif terhadap kesucian agama islam, ada netizen kongsikan video lamanya yang membuktikan bahawa Sajat ini memang benar seorang lelaki.

 

Ini dah cukup bukti yang sajat tu lelaki” – Netizen

Rasanya mesti sebelum ini ramai dah familiar dengan video dokumentari yang mengupas pasal isu mak nyah beberapa tahun sebelum ini di TV1.

Video itu pernah viral di media sosial kerana ingin mendedahkan bahawa Sajat memang seorang maknyah yang dilahirkan sebagai seorang lelaki dan mengubah diri jadi wanita.

Ini kerana selama ini Sajat berkeras mengatakan dirinya seorang wanita sejati dan dilahirkan sebagai khunsa.

 

Sikap Sajat yang dikatakan berkeras untuk cuba menafikan jantina sebenarnya itu dianggap keterlaluan apabila isu yang terpalit kepadanya baru-baru ini dikatakan agak melampau.

Makkah Sajat3 1

Dia menunaikan ibadah umrah sambil bertelekung dekat dengan Kaabah. Mungkin dia nak cuba membuktikan dirinya memang seorang wanita, itu lah yang mendorong video dokumentari tersebut kembali viral di Twitter sehingga meraih 12.6 K perkongsian selepas sehari dimuat naik.

 

Saya mula makan hormon masa form 2″ – Sajat

Dalam video tersebut, Sajat mendedahkan yang dirinya memang seorang mak nyah, ia juga mendedahkan foto sajat semasa kanak-kanak yang berimej seorang lelaki.

Sajat juga mendedahkan yang dia mula makan pil hormon sejak dia remaja dan sekolah menengah. Korang voleh tengok video penuh dekat sini..

Allahu, andaikata kalau nak buat sebagai marketing pun, jangan lah melampau sangat.

 

Baca : “Kami dah slow talk minta ubah penampilan” – Agensi Pelancongan Buat Laporan Polis Tapi Sajat Pilih Tak Nak Buka Mulut

Sajat6