in

“Staff kata tak dengar nama dia” – Kakitangan Kedai Kopi Tulis Nama ‘ISIS’ Dekat Gelas Pelanggan Islam, Hanya Bagi Giftcard Sebab Enggan Minta Maaf

Seorang wanita Muslim terasa  “diperlekehkan” dan “dihina” setelah barista dari sebuah cafe ternama menulis “ISIS” di cawannya.

Dalam kejadian yang berlaku di US itu wanita yang dikenali sebagaiAishah,dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada 1 Julai ketika dia berhenti di cafe yang terletakdi sebuah pasaraya. Lapor Sahan Journal.

Enggan minta maaf pihak cafe dilaporkan memberi Aishah minuman baru dan Giftcard $ 25.

Aishah

Pada sidang media Majlis Hubungan Amerika-Islam di cawangan Minnesota (CAIR-MN) pada hari Isnin, pelajar kolej dari Minneapolis yang berusia 19 tahun itu berkata dia terkejut setelah menerima cawan minumannya ditulis “ISIS” di atasnya.

“Saya merasa terhina, marah dan rendah diri,” kata Aishah.

ISIS adalah singkatan kumpulan pengganas Islamic State of Iraq and Syria yang kebanyakannya beroperasi di dua negara Timur Tengah.

Lebih teruk lagi pengurus cafe itu menyebelahi baristanya setelah dia mengadu mengenai kejadian itu.

“Pekerja itu mendakwa bahawa dia tidak mendengar namanya dengan betul,” kata CAIR-MN dalam sidang media melalui AsAm News.

“Kemudian, pengurus cafe memberitahu pelanggan Muslim itu bahawa kesilapan ini kadang-kadang berlaku dengan nama pelanggan, menunjukkan bahawa ini bukan kejadian pertama di mana pelanggan merasa disasarkan atau diganggu oleh tingkah laku pekerja  ketika menerima pesanan kopi mereka.”

Setelah gagal menangani masalah tersebut, Aishah membuat aduan kepada pihak pasaraya. Dalam satu kenyataan kepada Sahan Journal, pasaraya itu meminta maaf atas apa yang terjadi di kedai mereka tetapi menyebut kejadian itu sebagai “kesalahan yang tidak diingini.”

“Kami sangat kesali atas pengalaman pelanggan ini di kedai kami dan segera meminta maaf kepadanya ketika dia menyedari pemilik premis mengenai keadaan itu,” 

“Kami telah menyelidiki masalah ini dan percaya bahawa itu bukan tindakan yang disengaja tetapi kesalahan  yang dapat dielakkan dengan penjelasan. Kami mengambil tindakan yang sesuai dengan anggota pasuka kamin, termasuk latihan tambahan dan  memastikan ia tidak berulang.”

Susulan itu, Nextshark melaporkan Pengarah eksekutif CAIR-MN Jaylani Hussein mahu pihak ketiga menjalankan siasatan terhadap kejadian itu.

“Kami sekarang mungkin meminta penyelidikan luar kerana penyelidikan Target telah menyimpulkan bahawa barista itu telah melakukan kesalahan dan dia tidak pernah mendengar tentang ISIS, yang bagi kami sangat bermasalah dan menunjukkan kurangnya perhatian dan pemahaman dan betapa sensitifnya perkara ini kepada masyarakat Islam,” katanya.

Dalam masa yang sama, Aishah inginkan pasaraya tersebut membuat permintaan maaf memecat pekerja dan pengurus itu, dan menyarankan agar kedai memeriksa pekerja mereka dengan teliti.

Baca : “Dengan Malaysians pun racist” – Hostel Reggae Mansion Masjid Jamek Kantoi ‘Racist’, Tak Bagi Orang Asia/Afrika Menginap

Sumber: AsAmNews