in

“Dengan Malaysians pun racist” – Hostel Reggae Mansion Masjid Jamek Kantoi ‘Racist’, Tak Bagi Orang Asia/Afrika Menginap

Feature1 4

Sebuah hostel dua bintang di Kuala Lumpur rupa-rupanya ada terima banyak aduan dan review buruk sejak lebih 7 tahun lepas daripada ramai tetamu yang pernah jadi mangsa diskriminasi mereka sebelum ini.

Melalui posting di Twitter, seorang lelaki telah mendedahkan ‘perangai’ sebenar pihak hostel itu yang racist dengan tetamu lain selain ‘mat saleh’. 

Katanya, Reggae Mansion yang dikenali dalam kalangan pelancong dan terletak di Masjid Jamek itu tak benarkan mana-mana orang dari Asia dan Afrika untuk menginap di situ.

Reggae

 

Orang Malaysia pun tak boleh!

Bukan setakat orang Afrika atau Asia je, rakyat Malaysia sendiri juga dikatakan terima diskriminasi daripada hostel ni. Pernah ada tetamu yang memang orang Malaysia tak diberi untuk menginap di situ!

Ada satu hostel ni kat area2 Masjid Jamek yg tak kasi org Asia/Africa stay tempat diorg, TERMASUK ORG MALAYSIA SENDIRI.”

 

Banyak review buruk membabitkan racism!

Melalui aplikasi TripAdvisor, ruangan komen dan reviews dekat Reggae Mansion ni rupanya memang ada black people yang ceritakan pengalaman dorang dengan hostel ni. Ada yang pernah dipukul staf hostel dan ada juga yang tak dibenarkan untuk masuk bar padahal ‘mat saleh’ lain boleh je masuk.

Reg3 Reg2 Reg1

Reggae5

Menerusi posting Twitter itu juga, individu ini berkata kalau dilihat gambar-gambar hostel ni dekat Google, memang nampak kebanyakannya adalah white people yang jadi tetamu mereka.

Reggae0

Reggae6

 

Racist sejak 2011, pernah kena siasat dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

Rupanya ini bukanlah isu yang baru tetapi ramai tetamu dan pelancong kena diskriminasi daripada Reggae Mansion sejak 2011 lagi. Malah, hostel tu juga dah sampai tahap pernah kena siasat dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Mereka disiasat sebab dekat website Reggae Mansion tertulis macam ni,

“Reggae Mansion adalah hostel untuk backpackers antarabangsa. Malangnya, kami tidak menerima tempahan daripada rakyat Malaysia, India dan Timur Tengah.”

Reggae8

 

“Paling terang racist”

Ramai netizen yang baca posting tu kongsi pengalaman masing-masing dan ada juga yang kecam hostel ni sebab tak sangka racist sangat even dekat rakyat Malaysia sekali pun. Seorang netizen berkata,

Hostel paling pelik and paling terang racistnya. Open your business in Malaysia but Malaysian pun tak boleh masuk. But still operating like nothing.”

Komen1 2

Racist against black people tapi Pandai pulak dia guna nama Reggae Mansion, dia ingat reggae tu datang dari mana?”

Komen2 2

Dah 2020 pun masih ada isu racist. Sedihnya..

Baca: “Patutlah dia racist” – Baru Lepas Kecoh Isu ‘Racist, Netizen Menyampah Dapat Tahu Bekas Miss Universe Malaysia Rupanya Penyokong Trump

Feature4

Sumber: Coconuts KL
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: WBH
Sumber: Twitter
Sumber: The Star
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter