in

“Saya jumpa Harith beberapa kali je” – Dituduh Jadi ‘Orang Ketiga’ Nadira Isaac Buka Mulut

Syaz Ft 2024 08 01T122530.142

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, terdapat khabar angin mengatakan rumah tangga pelakon dan pelawak Harith Iskander dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim runtuh kerana orang ketiga.

Orang ketiga yang dimaksudkan ialah pempengaruh dan model, Nadira Isaac. Dia bagaimanapun menolak dakwaan itu dan memberitahu dia sangat terkejut dengan tuduhan itu.


Artikel berkaitan: “Saya tak baca cerita netizen” –  Didakwa Curang Dengan ‘Influencer’, Ini Jawapan Harith Iskander

Artikel berkaitan: “Kami berusaha selamatkan rumah tangga ini” –  Harith Iskander & Bekas Isteri Masih Kekalkan Hubungan Baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Kita (Harith, Dr Jezamine) hanya berjumpa beberapa kali, saya kenal Harith lebih kurang pada tahun 2021 dan tak pernah berkomunikasi secara peribadi.

Tak follow social media malah saya tiada nombor telefonnya pun,” kata Nadira.

Menerusi laporan Hlive, Nadira berkata dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehinggakan ada yang menggelarnya ‘penyondol’.

Nadira juga memberitahu dia sebenarnya lebih rapat dengan bekas isteri Harith iaitu Dr Jezamine, dia juga berkata dia tidak menyalahkan netizen dan menganggap ianya sebuah salah faham.

Sebagai info, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, Alessandra Jayne serta Zydane Zayne.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.