in

“Sportinglah!” – [VIDEO] First Day Masuk Konti, Netizen Teruja Dengar KJ Berceloteh

Kj Jadi Dj Hot Fm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tidak lagi menjawat apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mahupun parti politik, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ hari ini telah memulakan tugas terbaharunya sebagai penyampai Hot FM.


Berkumandang bersama penyampai Johan dan AG dalam segmen ‘Bekpes Hot’ dari jam 6 hingga 10 pagi, ternyata penampilan KJ di radio menarik perhatian pendengar.

“KJ DJ reporting to duty” 

Menerusi beberapa klip video yang dikongsikan Instagram Hot FM, KJ dilihat santai berceloteh dengan AG dan Johan.

Bila ditanya mengapa KJ memilih untuk menerima tawaran menjadi DJ radio bagi stesen tersebut, dia menjawab,

Saya terima tawaran daripada Hot FM untuk menjadi DJ kerana percaya yang pertamanya, sudah pasti Hot FM adalah stesen radio yang terbaik di Malaysia. Dengan bisnes yang sangat-sangat bernilai untuk kita.

“Yang kedua, saya melihat bahawa ini adalah platform yang terbaik untuk menyampaikan informasi dan juga maklumat dengan isu-isu semasa.

“Walaupun dalam Bekpes Hot kita banyak bergurau, tetapi saya nak bawa satu elemen di mana banyak perkara isu-isu semasa dapat kita bincang dengan kaedah yang bersahaja,” katanya, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu, ada juga klip yang memaparkan KJ sempat berjenaka mengenai mahu mendapatkan kulit yang putih dengan menggunakan Tati Skin Care. Amboii bukan main! 

Esok KJ tak ‘on air’ di Hot FM 

Walau bagaimanapun, bekas menteri ini dilaporkan tidak akan keudara di radio esok kerana mempunyai banyak kerja lain dan sudah membincangkan ia dengan pengurusan Media Prima Audio (MPA).

“Saya pun tak dapat buat setiap hari. Kita setuju akan buat seminggu sekali pada hari Isnin jam 8 hingga 9 pagi, di mana saya akan bagi kupasan mengenai isu semasa dalam minggu tersebut termasuklah isu politik, isu ekonomi dan sebagainya.

“Jadi Bekpes Hot ini kita nak jadikannya sebagai satu show yang lebih menyampaikan maklumat yang berfaedah kepada pendengar,” katanya.

Klip video KJ di konti radio Hot FM pagi ini telah mendapat pelbagai maklum balas dari netizen yang mana rata-rata menyukai tugas baharu bekas MP Rembau ini menjadi penyampai radio.

Kj Di Hot Fm Dj

Wow nampaknya lepas ni admin pun kena buka radio lah nak dengar KJ berceloteh. Best ooo! 

Baca: “I wasn’t good enough” – Luahan KJ Selepas Tumbang Di PRU15 Undang Sebak, Ramai Mahu Beliau ‘Comeback’

Kj Dj

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.