in

“Spesis rupa pelik dan unik”- Bulan Lepas Obor-Obor Biru Beracun, Kali Ini Penduduk Temui Obor-obor Merah Di Pantai Labuan

Obor Obor Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemunculan obor-obor biru beracun di persisiran pantai Terengganu. Kali ini, obor-obor merah pula ‘menyerang’ pantai Labuan. Sekarang ni, pergi pantai pun dah tak selamat weh. 


Menurut Bernama, obor-obor merah tersebut tidak membunuh namun ia dapat menyebabkan ketidakselesaan dan alahan pada kulit.

Obor Obor 2

Jadi, Jabatan Perikanan menasihatkan supaya orang ramai tidak menyentuh haiwan itu walaupun ia mempunyai rupa yang unik.

Spesies ini telah ditemui terdampar di Pantai Mawilla yang merupakan destinasi pelancongan popular di Labuan.

Obor Obor 1

Obor-obor ini juga dikenali dengan nama Sea Tomato. Mungkin sebab warna dia merah macam tomato kot. 

Manakala nama saintifik spesis ini pula ialah Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) seperti yang telah disahkan oleh Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran yang merupakan pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Disebabkan gelombang dan angin yang kuat, haiwan laut ini telah hanyut ke pantai disebabkan obor-obor ini tidak dapat berenang dengan baik.

Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.

Rupanya, Sea Tomato ini boleh menyengat manusia walaupun telah mati. Fuh, hebat jugak obor-obor ni. 

Obor Obor 3

Jadi, korang yang nak berkelah di pantai tu kena lebih berhati-hati ya. Jangan sentuh obor-obor tu pulak. 

 

Baca: Maut Lepas Kena Sengat Di Langkawi? 

Maut Langkawi

Sumber: Bernama
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.