Pernah tak korang terbayang untuk berborak dengan kawan korang guna bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?
Kalau kita bercakap mengenai bahasa asing, sudah semestinya kita akan menjadi lebih seronok kalau boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun bahasa yang digunakan bukan lah Bahasa Melayu.
Seperti satu video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @flamingos1411, kelihatan dua orang sahabat berborak menggunakan bahasa asing dan bukannya bahasa asing yang sama! Apa pula bahasa yang diorang guna ni?
@aimaaisyaa Haah mmg nak bergaduh pakai bahasa masing2😭
“The moment when u understand both languages” – Komen netizen
Di bahagian komen, ternyata ramai yang terkejut dengan perkataan ‘Majnun’ yang digunakan oleh gadis berbahasa Arab di akhir video kerana rata-rata baru tahu yang ianya bermaksud ‘gila’.
Ternyata ramai yang terhibur dan juga kagum dengan kerenah dua gadis itu walaupun dikatakan ‘bergaduh’ tetapi mereka menggunakan Bahasa Arab dan juga Bahasa Mandarin untuk melawan cakap masing-masing.
“Tak faham” – Gadis dalam Bahasa Arab
“Tak faham ke??” – Gadis dalam Bahasa Mandarin
Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengatakan bahawa kedua-dua mereka sangat beruntung dan bijak untuk mengagak setiap ayat yang keluar dari bibir mereka walaupun mereka tidak memahami bahasa yang digunakan sesama mereka.
Untungnya ada kawan yang boleh ajak borak guna bahasa lain-lain ni… Min nak guna Bahasa Korea dengan kawan-kawan, risau diorang tahu oppa-oppa diorang je nanti…
Baca: 45 Tahun Tinggal & Bercakap Loghat Terengganu, Nenek Perancis Ini Buat Ramai Terpesona