in

45 Tahun Tinggal & Bercakap Loghat Terengganu, Nenek Perancis Ini Buat Ramai Terpesona

Page Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila sudah lama menetap di negara orang lain, sudah semestinya kita akan perlahan-lahan untuk menguasai bahasa dan juga budaya mereka. Lagi-lagi bila sudah selesa, memang akan diamalkan setiap hari.



Sama juga dengan negara kita, ternyata ramai pengunjung dan warga asing yang terus jatuh cinta dengan bermacam keunikan yang ada. Dari segi bahasa yang mempunyai pelbagai loghat dan juga budaya yang berbeza-beza.

Perkara ini dibuktikan sendiri melalui satu video yang dikongsikan di TikTok, yang mana pemilik kepada akaun tersebut mengambil keputusan untuk membuat kejutan buat neneknya yang berada di Terengganu. Lebih mencuri perhatian, neneknya merupakan orang Perancis dan telah menetap di sana selama 45 tahun!

@sabbybolivar

Reply to @dreysha she also wears Batik everyday 🥰 #nenekviral #fypmalaysia

♬ original sound – Sabrina Bolivar – Sabrina Bolivar

Bukan itu sahaja, kelihatan juga neneknya begitu selesa mengenakan kombinasi baju kebaya bersama kain batik. Difahamkan bahawa neneknya memang gemar mengenakan kain batik malah boleh dikatakan hari-hari juga dia pakai di rumah. Wah, macam orang tempatan dah!

Komen 4

Rupa-rupanya pembuat kapal Melayu bersama arwah suami

Nenek Perancis itu juga tidak kekok untuk bertutur dalam loghat Terengganu bersama cucu-cucunya malah kedengaran begitu lembut dari cara bertutur.

Ternyata di bahagian komen, netizen ramai terkejut dengan identiti sebenar nenek tersebut kerana dia merupakan Christine Rohani, yang terkenal sebagai pembuat kapal Melayu bersama dengan arwah suaminya suatu ketika dulu. Siap kata pernah nampak dalam TV!

Komen 1

Komen 2

Rata-rata terkejut dan terpesona kerana dapat melihat gelagat Christine dengan lebih dekat dalam video yang dikongsikan oleh cucunya. Bukan itu sahaja, ramai yang menyifatkan bahawa Christine seorang yang comel kerana kelihatan begitu bersahaja.

Komen 3 1

Memang comel je tau bila dia dengan cucu-cucu dia! Min pun tak boleh lagi nak bercakap dalam loghat Terengganu, tahu makan keropok losong je… Hihi…

Baca: Selamba je cakap Jawa” – Mat Salleh Buat Pemilik Warung Terpinga Cakap Macam Orang Tempatan

Untitled 1 15

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.