Kehangatan kehadiran Coldplay ke Malaysia dilihat menjadi kegilaan ramai orang sehinggakan jualan tiket konsert mereka laris bak pisang panas!
Namun begitu, ada segelintir pihak cuba mengambil kesempatan untuk menjualnya semula dengan harga yang sangat mahal, sehingga RM43,000!
Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket Coldplay di media sosial.
Menerusi Kosmo! arahan tersebut telah diarahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk membendung orang ramai daripada menjadi mangsa ulat tiket.
Semalam, Fahmi menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi miliknya telah memaklumkan bahawa beliau akan membangkitkan isu penjualan semula harga tiket konsert Coldplay yang tidak masuk akal.
Siasatan ini turut melibatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana isu harga tiket adalah di bawah kementerian itu.
Menurut Fahmi, penjualan semula tiket Coldplay dengan harga yang lebih mahal sehingga mencecah RM43,200 di media sosial itu sangat melampau.
Baca : Ramai Kecewa Tiket Coldplay Cepat Habis, Individu Ini Dedah Taktik “Scalper’ Beli Tiket