in

Siti Sarah Ditidurkan, & Jalani Pembedahan Keluarkan ‘Baby’ Usia 8 Bulan

Ft Siti Sarah Ditidurkan Pembedahan Keluar Baby 8 Bulan E1628308407795

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siti Sarah yang dikejarkan ke hospital akibat tahap oksigen yang tidak stabil dilaporkan telah ditidurkan. Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Nana Mohamad Rom dan katanya majlis bacaaan Yassin telah diadakan tengah hari tadi dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.


Menurut Harian Metro, keadaan Sarah yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dimaklumkan oleh suaminya, Shuib yang memohon orang ramai mendoakan isteri serta bayi dalam kandungan.

Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin.”

Sarah2

 

Terpaksa jalani pembedahan keluarkan baby

Bukan itu saja, penyanyi itu juga dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya, dijadualkan pada jam 2 petang hari ini. Kata Nana,

Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Katanya, sebaik habis sahaja bacaan Yassin tengah hari tadi, doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil.”

InsyaAllah jam 2 petang ini doktor akan buat pembedahan keluarkan bayi. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey.”

Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini.”

Sarah yang sarat hamil lapan bulan telah dikejarkan ke HUKM yang sama kelmarin sebelum dipindahkan ke ICU hospital yang sama pada pagi ini kerana tahap oksigen yang tidak stabil.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk. Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Baca: Siti Sarah Dimasukkan ke ICU Kerana Tahap Oksigen Tidak Stabil, Shuib Mohon Doa Netizen

Siti Sarah Masuk Icu Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.