in

Siti Nurhaliza Buat Kejutan, Bakal Adakan Konsert Di Axiata Arena Tahun Depan

Ft Tokti Nak Anjur Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perhatikan tahun ni, memang ramai artis buat konsert, tak kiralah artis tempatan mahupun antarabangsa. Sudah semestinya tahun 2024 nanti, pasti rancak lagi, salah satunya adalah penyanyi nombor satu negara kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert pada tahun depan.


Pengumuman konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza itu dibuat menerusi Instagram miliknya hari ini.

Artikel Berkaitan : Tok Ti Pembayar Zakat Paling Tinggi Untuk Kategori Penyanyi – CEO Lembaga Zakat Selangor

Artikel Berkaitan : Siti Nurhaliza Risau Suara Terganggu Lepas Kena Covid-19 Kali Kedua

Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza ini akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 8.30 malam dan tiket mula dijual pada 21 Disember ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, pastinya ramai yang begitu teruja terutamanya dalam kalangan peminat termasuklah rakan artis sendiri. Dalam keterujaan peminat, ramai juga yang meminta untuk adakan konsert itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Screenshot 2023 12 19 172201 Screenshot 2023 12 19 172226 Screenshot 2023 12 19 172259 Screenshot 2023 12 19 172321

Ada juga dalam kalangan peminat dari negara jiran, mahukan Siti Nurhaliza untuk melakukan konsert di Jakarta. Hurmm, kalau TokTi dah buat, confirm ramai nak pergi kan?

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.