Siapa sahaja tidak mengenali Datuk Sri Siti Nurhaliza kan? Beliau telah menghiburkan kita dengan lagu-lagu yang begitu asyik dan vokalnya yang masih tiada tolok bandingnya sehingga ke hari ini.
Penyanyi nombor satu negara itu sekali lagi mengharumkan nama negara dengan menjadi salah seorang artis yang tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time atau 100 penyanyi yang menerima augerah terbanyak.
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh The Artist Museum tersebut, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti berada di kedudukan ke-27 dengan jumlah anugerah yang dimenanginya sebanyak 329 anugerah sejak kemunculan awalnya pada tahun 1995.
https://twitter.com/TheArtistMuseum/status/1511376585848684544?s=20&t=2dHetnUF5BPlfxnX2_SwAg
Kerana Tok Ti menduduki tangga ke-27, ia sekali gus turut mengenepikan beberapa senarai penyanyi terkenal lain antaranya Katy Perry ditangga ke-31, Celine Dion (33) dan Alicia Keys (38) dan Christina Aguilera (44).
Pengiktirafan ini pastinya membuatkan peminat serta rakyat Malaysia teruja, malah ini menunjukkan karyawan tempatan mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat antarabangsa selain membuktikan kemampuannya untuk menjadi seorang penghibur berkelas dunia.
Sebagai info, Siti Nurhaliza bukan sahaja selalu memenangi anugerah di dalam negara seperti Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Juara Lagu, beliau juga telah beberapa kali menerima anugerah di peringkat antarabangsa seperti di Shanghai Music Festival, Voice of Asia dan MTV Asia.
Power lah Tok Ti!