in

“Sis move on lah” – Dituduh Masih Gilakan Bekas Suami, Ini Jawapan Padu Rita Rudaini…

Collage 20

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini kongsikan yang dia sedang membantu anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.

Dalam gambar yang dikongsikan menerusi Instagram peribadinya itu, dilihat anaknya sedang sibuk menyiapkan gambar carta keluarganya, tapi apa yang menarik perhatian netizen adalah gambar bekas suami Rita Rudaini yang juga bapa kepada dua anak lelakinya itu.

Family tree lagi… Mommy sebenaqnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy… Tapi mommy takut ticer adik pengsan pulak.”

Pun begitu, ada pula terselit komen yang tak berapa sedap oleh seorang netizen ni bila dia menuduh Rita Rudaini masih “tergila-gilakan” bekas suaminya kerana benarkan anaknya letak gambar Aidil Zafuan. Lah, dah tu?

Sis move on la.. si lelaki tu dah ada isteri anak dah… Hidup masing-masing lah… Nampak sangat sis tergila-gilakan si lelaki, kasihan tengok sis masih menanti benda yang tak pasti.”

Namun, komen wanita ini telah mendapat balasan ramai netizen yang rata-ratanya memang mempertahankan Rita.

Screenshot 2021 04 14 At 1.59.36 Pm Down

Malah, Rita turut memberikan jawapan padu untuk komen bitter netizen tersebut…

“Nak komen biaq cerdik sikit”

Screenshot 2021 04 14 At 2.03.49 Pm

Untuk pengetahuan korang, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan ini pada tahun 2008 namun bercerai pada 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang masing-masing telah pun berusia 12 dan 10 tahun.

Apo bulan puasa pun nak cari pasal dengan orang?

 

Baca: “Dah2 la tu Abg Aidil ku sayang” – Aidil Zafuan Perjelas Isu Nafkah Anak, Ini Respon Balas Rita Rudaini…

Screenshot 2021 04 14 At 2.11.44 Pm