in

“Sirim dibuat untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran” – Jovian Mandagie

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pengumuman mengenai pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini telah mendapat respon yang sangat negatif dari orang ramai.


Mana tidaknya, sejak semalam topik ini banyak diperkatakan di media sosial hingga menjadi antara topik yang trending. Kebanyakan dari netizen telah menentang keputusan ini lebih-lebih lagi selepas memikirkan kos yang akan meningkat bagi memastikan pelitup muka mempunyai cop SIRIM.

“Banteras pelitup muka kualiti hauk”

Pun begitu, bagi menantu Perdana Menteri yang juga pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, dia merasakan orang ramai tak perlu panik kerana undang-undang ini hanya akan dikuatkuasakan 4 Julai nanti.

Selain itu, menerusi Instagram Jovian turut menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya “Jovian Mask” selamat dipakai kerana telah diiktiraf oleh MDA.

Jovian Mask sangat selamat dipakai malah diiktiraf oleh MDA sejak tahun 2020 lagi. Gunakan tanpa was-was.”

Jovian turut menyokong keputusan kerajaan ini kerana mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi membanteras pelitup muka yang tiada kualiti.

Undang-undang Sirim dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. So in future, whether you have MDA certs or SIRIM, baru you boleh jual mask. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak.”

Pun begitu, Kosmo melaporkan kerajaan telah pun bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

 

Baca: “Palang jalan pun tak nampak!” – Menantu PM Perjelas Kenapa Bantuan Sukar Sampai Ke Sri Muda

Screenshot 2022 04 08 At 12.31.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.