in

“Sini I lempang you” – Pelajar IPT Didakwa Pukul GF Walaupun Mangsa Meronta, Minta Berhenti

Pukul Gf

Keganasan terhadap wanita merupakan sesuatu yang sering didengari sejak berkurun lamanya, ia bukan sahaja boleh berlaku di dalam rumah tangga malah ia juga boleh berlaku kepada mana-mana wanita tidak kira di mana mereka berada.

Terbaru, sebuah video tular di X di mana seorang gadis dilihat telah dipukul oleh seorang lelaki di dalam kereta.

Artikel berkaitan: “Dengar perempuan tu jerit-jerit” – Individu Dakwa Jadi Saksi Nampak Pelakon Lelaki Pukul GF?

Artikel berkaitan: Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Didakwa Pukul Teman Wanita Sampai Lebam?

Cats 23

Video penuh di sini. 

Dalam video itu, kelihatan lelaki itu memegang kedua-dua belah tangan gadis tersebut dan berteriak memberi amaran untuk tidak mengungkit sesuatu sebelum menampar gadis tersebut beberapa kali.

Lebih memilukan, kedengaran gadis tersebut sudah meraung dan menangis meminta untuk dihantar pulang namun lelaki berkenaan terus-menerus memukul gadis malang itu serta tidak mengendahkan permintaannya itu.

Dalam video berdurasi 22 saat itu, terdapat kapsyen yang memberitahu lelaki berkenaan merupakan salah seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terletak di Selangor.

Menurut laporan mStar, difahamkan kejadian itu berlaku selepas gadis itu pergi ke klinik kerana tidak sihat namun selepas pulang, lelaki itu bertemu dengan gadis tersebut dan melakukan tindakan luar jangkaan itu.

Sumber: Twitter, mStar