in

“Simbah petrol satu badan” – Lelaki Cuba Bakar Diri Sendiri Tapi Terjun Parit Sebab Tak Tahan Panas Sangat

Ft Bakar

Seorang lelaki dari Johor Bahru yang membakar diri membatalkan hasratnya apabila dia sendiri tidak mampu menahan kepanasan. Menurut Harian Metro, lelaki berusia 39 tahun itu bertindak menyimbah seluruh badan dengan petrol dengan niat untuk membunuh diri.

Namun kerana tidak tahan dengan panas dialaminya, lelaki tersebut terus terjun ke dalam parit di Jalan Ngee Heng ketika kejadian jam 10.53 pagi tadi. Akibat daripada itu, dia mengalami cedera dan melecur pada bahagian tangan dan badan.

Bakar 1

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Timbalan Penguasa Bomba l Mohd Suhaimi Abdul Jamal, seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah jentera atu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa membuat cubaan membunuh diri.”

“Pihak bomba mengangkat mangsa dalam parit sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.”

Mangsa terjun ke dalam parit selepas tidak tahan dengan kepanasan. Mangsa dalam keadaan sedar dan diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Kita tidak tahu apa motif lelaki berkenaan mahu membunuh diri.”

Akibat daripada kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami melecur sebanyak lima peratus.

Baca: Terjun Sungai Niat Nak Bunuh Diri Tapi Tak Jadi Lepas Nampak Buaya

Ft Suicide

Sumber: Harian Metro