in

Sikit Pun Tak Nangis Naik Flying Fox, Netizen Puji Keberanian Anak Aliff Syukri

Page Yusoff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang suka main aktiviti lasak, aktiviti apa yang korang nak buat dengan kawan-kawan? Macam Admin, suka flying fox. Sejuk je rasa angin..


Macam yang kita semua tahu, aktiviti flying fox selalu menjadi salah satu pilihan aktiviti lasak dan boleh dikatakan menjadi satu aktiviti wajib dipilih untuk dilakukan. Ini kerana, adrenalin akan melonjak naik semasa melakukan aktiviti tersebut.

Tetapi tak semua orang mampu untuk naik flying fox kerana ada yang takut dengan ketinggian takpun ada yang menjerit kerana teruja untuk tiba ke penghujung. Kebanyakkan orang ambil masa untuk tidak merasa terlalu takut dan selalunya aktiviti ini popular di kalangan remaja atau orang dewasa.

Namun, lain pula cerita yang menarik perhatian orang ramai. Masih lagi mengenai flying fox, tetapi ini melibatkan anak bongsu Dato’ Aliff Syukri iaitu Yusoff. Dalam satu perkongsian video TikTok oleh @Iwan_utaraa, Yusoff lengkap dengan peralatan keselamatan untuk aktiviti flying fox.

@iwan_utaraa

Adik Yusoff Tersangat berani ??

♬ bunyi asal – Iwan_utaraa – Iwan_utaraa

Lebih mencuri tumpuan, Yusoff yang baru sahaja berusia tiga tahun langsung tidak berasa takut untuk mencuba aktiviti itu malah siap boleh pandang ke kamera dan ‘bye-bye’ apabila disuruh. Wah, kecil-kecil cili padi betul lah adik Yusoff ni! Min waktu kecil dulu kuat menangis je.

“Beraninya dia… Kalau acik ni mau menjerit-jerit dah..” – Netizen

Komen Yusoff

 

Komen Yusoff 3

Komen Yusoff 4

Netizen di ruangan komen sangat terkejut dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Yusoff kerana dia sedikit pun tidak mengeluarkan suara dan kelihatan sungguh tenang sambil menuju ke tempat penamat. Power lah Yusoff!

Tidak kurang juga yang risaukan keselamatan Yusoff kerana dia masih lagi kecil dan terlalu ringan untuk melakukan aktiviti lasak itu. Korang jangan risau, cuba tengok betul betul, Yusoff dah lengkap pakai semua alat keselamatan. Abang tu pun tolak slow je. 

Pusat aktiviti lasak itu dikatakan terletak di Genting Highlands, Pahang dan ramai pengunjung yang telah datang untuk melakukan aktiviti flying fox sejak boleh rentas negeri untuk yang dah lengkap dua dos vaksin.

Have fun semua! Paling penting, jaga diri tau dan hati-hati pergi mana pun!

Baca: “Kukuh ke” – [VIDEO] Viral Netizen Pertikai Jurutera Buat Jalan Pakai Buluh Je, Ini Penjelasannya…

Untitled 5

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.