in

“Sijil lahir dia terbakar masa rumah dia terbakar and parents meninggal” – Remaja Ini Tiada Tempat Tinggal & Pendidikan

Tidak Sekolah4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan terlalu cepat menilai diri sendiri punya kesusahan, usahlah dibandingkan dengan kehidupan orang lain. Kalau kita rasa diri kita susah, sebenarnya ada orang lain yang kehidupannya jauh lebih perit dan inginkan kedudukan kita.


Walau apa pun dugaan yang anda sedang alami sekarang, pasti anda akan panjat kesyukuran bila terbaca dugaan yang adik ini sedang tempuhi.

 

KADANG KITA INGAT HIDUP KITA NI DAH SUSAH, TAPI SEBENARNYA ADA ORANG LAIN YANG HIDUPNYA LEBIH SUSAH DARI KITA. Ini kisah aku …”

Tidak Sekolah Tidak Sekolah2 Tidak Sekolah3

Adik ini kehilangan ibu bapanya dalam satu kebakaran, bukan sahaja nyawa segala, harta dan dokumen-dokumen penting habis dijilat api.

Disebabkan itu, adik ini sebatang kara dan tiada tempat untuk berteduh, lebih menyayat hati lagi makan minum tidak terurus dengan baik dan mengharapkan ihsan daripada orang awam.

Malah, dia juga tidak dapat bersekolah kerana sijil lahirnya turut terbakar.

“Tolong Retweet sampai Dr tahu because this kid tak dapat pegi sekolah just because dia tak ada sijil lahir je. Dia cerita, yang sijil lahir dia terbakar masa rumah dia terbakar. and parents dia pun sama meninggal masa kebakaran tu.”

“lokasi terakhir aku jumpa dia, di surau seri Pacific hotel bersebelahan PWTC.”

“People were ignored him just because he is an indian-looked boy? he is muslim la fyi ! please spread this humanity love ! this kid should have a better life ! better education! . we’re living in Malaysia in 2019 ! . really hope someone will help this kid.”

“He has nothing, but still rajin utk jejak rumah Allah. we have everything, but still malas nak jejak rumah Allah. Allahuakbar jadikanlah kami sebahagian drpd hamba mu yg bersyukur ya Allah”

Sekarang, remaja 12 tahun ini hanya tidur di surau dan masjid sahaja, dikatakan di sekarang dipinggirkan orang awam. Kisah yang dikongsikan oleh Fazzil Ekmal ini benar-benar menyentuh hati netizen.

Ramai yang menggesa Menteri Pendidikan kita untuk berikan dia pendidikan, admin pun sokong sekurang-kurangnya ada harapan untuk dia cerahkan masa depan dia dan ubah nasibnya. Amiin

 

Baca : Kafir pun tak buat cam tu” – Pihak Masjid Dah Bagi Tumpang Tidur, Lelaki Tak Kenang Budi Pukul Dan Curi Barang Wanita Tengah Solat

Kafir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.