in

“Kafir pun tak buat cam tu…” – Pihak Masjid Dah Bagi Tumpang Tidur, Lelaki Tak Kenang Budi Pukul Dan Curi Barang Wanita Tengah Solat

Featured 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mak ayah selalu pesan jangan mudah percaya dengan individu yang baru kita kenal.


Kata mereka tak semua individu mempunyai budi pekerti yang mulia walaupun muka macam ustaz atau ustazah..hurm betul jugak tu.

Menurut perkongsian Ardie Shahrel di facebook, kejadian ini terjadi di Indonesia lebih tepatnya berlaku di rumah Allah iaitu di Masjid Al-Istiqomah Antasari, Samarinda Ulu di Kalimantan Timur.

https://www.youtube.com/watch?v=Q4lnqnxjeHg

Dalam video berdurasi lebih 3 minit itu memaparkan lelaki yang memakai kopiah putih tersebut memasuki ruangan solat wanita  sambil tangannya memegang sesuatu seakan-akan kayu.

Dikatakan lelaki itu menumpang tidur di Masjid Al-Istiqomah Antasari beberapa hari kerana kehabisan duit.

Dalam video tersebut jelas yang lelaki itu bertindak memukul wanita berkenaan yang sedang menunaikan solat dan cuba mencuri tas tangan wanita tersebut.

Pukul wanita ketika sedang solat…

Pukul 1

Wanita berkenaan dilihat tetap cuba melawan walaupun dipukul dengan kayu beberapa kali.

Memukul mangsa berkali-kali kerana melawan…

Pukul 2

Cuba mencuri tas tangan mangsa…

Pukul 3

Bagaimanapun lelaki tersebut dilihat gagal mencuri tas tangan wanita tersebut sebaliknya  bertindak melarikan diri selepas mangsa dilihat melawan…tau pun takut!

Dipercayai lelaki tersebut masih bebas, kerana masyarakat tempatan masih mencari lelaki tersebut.

48917615 371450396997538 5120555809536737280 N
Sumber : facebook

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana bukan sahaja tidak kenang budi setelah diberi tumpang tidur di masjid tetapi juga bertindak memukul wanita yang sedang solat dengan niat untuk mencuri barangan wanita tersebut.

Kenapa s*tan dibiarkan masuk dalam masjid?

Kenapa Setan Dibiarkan Masuk Dlm Masjid

Kafir pun tak buat cam tu…

Kafir Pun Tak Buat Mcm Tu

Cari sampai dapat…

Cari Sampai Dapat

Kenapa la tergamak sampai nak memukul wanita itu, kalau pun terdesak nak duit banyak lagi cara lain…aishhh!

Baca : Aksi kejar mengejar macam Fast Furious, Kereta Dipandu Wanita Atas Kereta Suami Lepas Lelaki Itu Kantoi Curang.

Featured 23 768X404 1

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.