in

Siar Kandungan Hina Islam Dalam WhatsApp, Lelaki Pakistan Ke Tali Gantung

Cats 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara menghina Islam dengan menyiarkan kandungan dalam kumpulan WhatsApp, seorang lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Antikeganasan di Peshawar, barat laut Pakistan pada Jumaat lepas.


Individu tersebut, Syed Muhammad Zeeshan didakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah Elektronik dan Akta Antipengganas. Menurut sumber, Zeeshan dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

Selain itu, Zeeshan turut dikenakan denda 1.2 juta rupee (RM18,800) dan penjara selama 23 tahun. Bagaimanapun, lelaki berasal dari bandar barat laut Mardan itu mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan.

9C33E792C1E96D0F70A1B45Cb575Dd90

Terdahulu, seorang penduduk di wilayah Punjab, Muhammad Saeed memfailkan permohonan kepada Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) mengenai kejadian itu, dua tahun lalu. Peguam Saeed memberitahu anak guamnya mendapati Zeeshan menyiarkan kandungan menghina Islam dalam kumpulan WhatsApp.

Hasil pemeriksaan mendapati Zeeshan bersalah selepas pemeriksaan forensik membuktikan dia bersalah. Difahamkan, telefon bimbitnya turut dirampas untuk tujuan pemeriksaan.

Untuk rekod, kenyataan mengenai agama adalah isu sensitif di Pakistan yang mempunyai penduduk majoriti Muslim kerana tindakan sebegitu boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan. Undang-undang Pakistan mengenakan hukuman mati ke atas kesalahan ini, namun ia tidak pernah dikuatkuasakan.

Mengikut laporan Suruhanjaya Kebangsaan Keadilan dan Keamanan, sebuah kumpulan hak asasi manusia dan bantuan undang-undang di Pakistan, seramai 774 orang Islam dan 760 bukan Islam dituduh menghina agama dalam tempoh 20 tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

BACA: Minum Kopi Punya Pasal, Dua Juruterbang Digantung Tugas

Cats 60

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.