in

Minum Kopi Punya Pasal, Dua Juruterbang Digantung Tugas

Cats 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan dua juruterbang minum kopi dan makan gula-gula di dalam kokpit semasa masih dalam penerbangan mengundang padah apabila mereka digantung tugas oleh syarikat penerbangan, SpiceJet.


Syarikat penerbangan swasta India itu membuat tindakan tersebut selepas gambar cawan terbuka yang diletakkan di atas panel kawalan pesawat tular di media sosial. Menurut laporan, gambar itu diambil ketika pesawat berada pada ketinggian 37,000 kaki.

Frktnhvamaapaxq

Gambar tersebut ternyata mengundang kemarahan ramai yang mempersoalkan faktor keselamatan pesawat. Sebagai tindakan, pengawal selia penerbangan India mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan berkenaan.

Pada Rabu lalu, SpiceJet berkata pihak mereka sedang meneliti perkara itu dan telah menggantung tugas dua juruterbang yang didakwa melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka setelah selesai siasatan,” kata jurucakap syarikat penerbangan kepada sumber.

Untuk rekod, peraturan penerbangan India membenarkan makanan dan minuman di dalam kokpit tetapi di bawah garis panduan yang ketat. Antaranya adalah cawan perlu mempunyai penutup dan dialas untuk mengelakkan air tumpah.

Kredit: Astro Awani

BACA: Pesawat Tidak Boleh Melintasi 7 Lokasi Ini Dengan Sesuka Hati, Apa Sebabnya?

Capture 7

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.