in

“Siapa yang binatang sekarang ni?!” – Tak Ada Hati Perut, Selamba Campak Kucing Jiran Dari Tingkat 16

Perangai Macam Binatang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang, tak semua orang tu pencinta haiwan kan? Tapi, tak perlulah sampai nak bertindak kejam dengan haiwan! Geram betul admin dengan manusia macam ni!


Seorang lelaki jadi topik bualan hangat baru-baru ni disebabkan tindakan tak berhati perut dia yang menyebabkan kematian seekor kucing. Menurut posting di Facebook, Panchal, 64, telah mencampak kucing Parsi peliharaan jiran dia dari balkoni rumah dekat Thane, India.

Kucing 6

Kucing
sumber: facebook

Ketika kejadian tu berlaku, kucing berwarna oren tu dikatakan datang ke rumah Panchal selepas dia keluar dari rumah tuannya di tingkat 14. Bila nampak kucing tu di rumahnya dekat tingkat 16, Panchal ambil sebatang kayu dan pukul.

Pembantu rumah, Lalita yang nampak perlakuan Panchal cuba menghalang dan merayu agar kucing tu diberikan pada dia untuk dipulangkan kepada pemilik haiwan tu, Abdul Shaikh.

Tapi, Panchal langsung tak pedulikan pembantu rumahnya dan terus campak kucing tu dari balkoni rumah dia! Lalita terus berlari turun ke bawah untuk tengok keadaan si comel tu, tapi malangnya kucing tersebut mati.

Bengang, Lalita kemudian hubungi wakil aktivis People with Paws and Wings dan pihak berkuasa sebelum menceritakan segalanya kepada mereka tentang apa yang dibuat oleh Panchal.

Kucing 2

Kucing 3
sumber: facebook

Menurut laporan, Panchal bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin atas alasan statusnya sebagai warga emas. Disebabkan tu, ramai netizen naik angin dan mula mendesak supaya tindakan sepatutnya diambil terhadap Panchal kerana kekejaman yang dia lakukan.

Kucing 1
sumber: facebook

“Harap ada orang yang campak dia dari tingkat 16!”

“Jadi, siapa yang binatang sekarang ni?”

“Menyedihkan, kita perlu undang-undang yang lebih ketat untuk kesalahan macam ni.”

Tak kira dia warga emas ke apa, tapi salah tetap salah! Kalau dia bebas, sampai bila bila dia akan buat macam tu dekat haiwan!

Baca: TAK GUNA! Tergamak Bunuh Kucing Tengah Bunting!

Bapak Bunuh Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.