in

“Siapa suruh biar dorang kesejukan?” – Pencuri Mayat 29 Budak Perempuan Enggan Minta Maaf, Anggap Ibu Bapa Salah Letak Anak Dalam Kubur

Collage 5

Seorang sejarawan yang ditahan selepas didapati mencuri mayat 29 kanak-kanak, mengawetkan mereka dengan memakaikan make-up dan gincu untuk dijadikan peneman enggan meminta maaf kepada keluarga yang terlibat semasa kesnya dibicarakan di mahkamah.

Sejarawan, Anatoly Moskvin ini telah merompak kubur 29 kanak-kanak perempuan ini untuk diletakkan di rumah yang dia kongsi bersama ibu bapanya.

Ketika dibicarakan di mahkamah, Anatoly eggan meminta maaf kerana telah mencuri mayat-mayat ini dan mengatakan yang hak ibu bapa mayat-mayat ini terhadap anak-anak terhenti bila dorang kebumikan mereka, lapor Daily Star.

Anatoly yang berharap dia bakal dibebaskan dari hospital sakit jiwa untuk menjaga ibunya mendakwa skizofrenianya telah sembuh namun masih tak tunjuk rasa bersalah atas kesalahan yang dia lakukan.

0 Mummy Man 12 East2West News

Dorang ni hanyalah perempuan, dalam pandangan saya tak ada ibu bapa. Saya tak kenal dorang, lagipun dorang dah kebumikan anak mereka, saya percaya hak dorang terhenti setakat itu, jadi saya tak nak minta maaf.”

Anatoly telah ditahan pada tahun 2011 dan mengaku merosakkan 44 kubur kanak-kanak perempuan berusia tiga ke 12 tahun.

0 Mummy Man 6 East2West News

Sebelum ini dia memberitahu ibu bapa kanak-kanak ini telah membiarkan anak mereka kesejukan dan dia telah menyelamatkan mereka dengan membawa mereka pulang.

Ibu Anatoly pula mengatakan yang dia pernah melihat “patung-patung” anaknya tapi tak sangka yang itu adalah mayat budak perempuan.

Minggu lepas, hakim telah memanjangkan lagi tempoh Anatoly di hospital tersebut selama enam bulan lagi.

 

Baca: “Ingatkan dia cuma kumpul anak patung klasik” – Ibu Bapa Terkejut Anatoly Moskvin Awet & Kumpul Mayat Budak Perempuan

Screenshot 2020 11 03 At 6.36.45 Pm

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star