in

“Ingatkan dia cuma kumpul anak patung klasik” – Ibu Bapa Terkejut Anatoly Moskvin Awet & Kumpul Mayat Budak Perempuan

Mayat3 E1636853956396

Siapa sangka disebalik kehebatan pakar sejarah Anatoly Moskvin yang fasih dalam bertutur 13 bahasa, rajin merantau, berpendidikan tinggi dan pernah menjadi penulis jurnal di salah satu bandar termasyur di Russia Nizhny Novgorod ada udang disebalik batu dalam personalitinya ini.

Kepakaran dalam dalam tanah perkuburan kuno dan menggelarkan dirinya nekropolis ini rupa-rupanya telah disalahgunakan sehingga modus operandinya terkandas pada tahun 2011.

Ibu bapanya ingatkan ia hanyalah hobinya mengumpul koleksi boneka kuno, tapi rupa-rupanya ‘boneka’ itu merupakan mayat perempuan dari umur 3 hingga 25 tahun yang telah diawet!

 

Mula jatuh cinta dengan mayat apabila dipaksa ‘kahwin’ dengan orang dah mati

Moskvin Mug

Anatoly Moskvin pernah menerbitkan artikelnya dan menceritakan bagaimana dia mula-mula jatuh cinta dengannya.

Pada tahun 1979, sewaktu umurnya 13 tahun, minat Moskvin dalam bidang nekropolis (sejarah pusara kuno) bermula ketika dia didekati dan ditangkap oleh sekumpulan lelaki berpakaian hitam semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dia dipaksa baring dalam sebuah keranda diiringi dengan mayat kanak-kanak perempuan 11 tahun, Natasha Petrova. Malah, Moskvin juga dipaksa mencium mayat gadis itu berkali-kali.

Malah dia juga dipaksa berkahwin dengan Natasha, ibu kepada si mati itu sarungkan cincin di jari mereka berdua. Sejak dari itu timbul rasa minat dia terhadap mayat.

 

Mula obses

Moskvin Victim

Sejak dari itu, dia banyak meluangkan lebih banyak masa melawat kawasan-kawasan tanah perkuburan di tempat kediamannya. Moskvin juga akan mencatatkan perkara menarik tentang setiap kubur yang dia lihat.

Malah dia juga menyimpan rekod nama-nama si mati di kubur itu. Malah dia juga melanjutkan pendidikan dalam bidang pengajian Celtic, satu pengajian tentang budaya mitosnya kuno yang sering mengaburkan antara kehidupan dan kematian. Ahli sejarah ini juga menguasai kira-kira 13 bahasa.

Bermacam-macam jenis pusara yang dia dah kaji, sehingga dia rasa dirinya jauh lebih arif berbanding dengan yang lain. Dari tahun 2005 hingga ke 2007, Moskvin kata dia dah lawat 752 jenis pusara Nizhny Novgorod.

Ketika itu, ibu bapanya langsung tak tahu, apa yang mereka nampak hanyalah anaknya ini ada hobi pelik, suka kumpul anak patung lama yang bersaiz besar. Ketika umurnya 45 tahun, Moksvin tinggal di sebuah apartment kecil dan segala koleksi ‘boneka’ itu ada di dalam rumahnya.

Dia juga berpewatakan pelik dan itu bukanlah satu perkara baru bagi ibu bapanya. Moskvin juga ada kongsikan yang dia pernah tidur satu malam bersama mayat dalam satu keranda.

 

Kegiatan mula dihidu dan diberkas

Moskvin Doll

Pernah sekali ada beberapa perkuburan didapati telah dikorak semula kerana melihat keadaan tanah yang berubah, pada waktu itu pihak penyiasat tak fikir perkara buruk sebab bagi mereka kejadian itu dilakukan oleh golongan ekstrimis agama.

Namun sepanjang dua tahun kejadian ini berlaku, siasatan demi siasatan dijalankan sehinggalah mereka menemui Moksvin sedang menconteng kubur orang Islam di kawasan perkuburan Muslim di Nizhny Novgorod sana.

Disebabkan tangkapan itulah pihak berkuasa serbu rumahnya untuk mendapatkan bukti, dari sini, kegiatan dia dah mula terbongkar

 

Berfantasi konon nak berkawan

Moskvin Doll 2

Setelah diperiksa pasukan penyiasat mendapati Moskvin melakukan aktiviti mengorek psuara kanak-kanak, dia lebih gemarkan kanak-kanak perempuan.

Dia akan bawa pulang dan awetkan mayat-mayat itu menggunakan larutan garam dan soda. Dia kemudiannya memakaikan perhiasan kepada ‘boneka’ tersebut.

Moskvin akan meletakkan mayat itu dalam posisi bermain, ada yang duduk macam tengah minum teh, ada yang sedang tengok tv dan ada juga disimpan.

 

Sebab sunyi tak berteman?

Moskvin Parents

Moskvin lakukannya kerana dia sunyi dan tak ada kawan, dia pernah memohon untuk mengambil anak angkat tapi ditolak, tapi ia hanyalah alasan semata-mata.

Kita sendiri tahu yang dia dah mula minat masa kecil lagi kan?

Ketika dalam tahanan dia berani menyindir ibu bapa kepada si mati yang dijadikan boneka tu, memerli bahawa merek tak pandai jaga anak lepas mereka mati.

Tapi bila dibuat pemeriksaan mental, Moskvin memang ditahap kurang waras, dia ditangkap dan menjalani rawatan psikologi. Sekadar September 2018,

 

Baca : Catacombs of the Capuchins : Muzium Mayat REAL & SEMPURNA Yang Masih Simpan Misteri Sehingga Kini.

Mayat2