in

“Siapa punya idea ni?” – Ada Bentuk Macam Bakul ‘Picnic’, Ini 4 ‘Design’ Bangunan Unik Di Dunia

Siapa Punya Idea Ni Ada Bentuk Macam Bakul Picnic Ini 4 Design Bangunan Unik Di Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak semasa anda berjalan makan angin, anda terperasan akan reka bentuk sebuah bangunan yang seakan-akan sebuah objek lain?

Hari ini, admin nak kongsi empat bentuk bangunan unik yang terdapat di beberapa tempat di dunia. Ada yang berbetuk macam botol dan ada juga perpustakaan berbentuk macam tiga buah buku yang melekat bersama!


Kalau nak tahu lebih lanjut, kena lah baca sampai habis!

1. The Hood Milk Bottle, Boston, AS

Hood Milk Bottle E1616910549237

Pada tahun 1933, Hood Milk Bottle yang terletak di Boston, Amerika Syarikat merupakan gerai menjual aiskrim bagi seorang pembuat aiskrim bernama Arthur Gagner. Selepas lebih 10 tahun, bangunan ini dijual kepada keluarga Sankey yang turut menjadikannya premis untuk menjual aiskrim.

Namun begitu, kira-kira pada tahun 1967, bangunan ini telah ditinggalkan. Lapan tahun selepas itu, Carol Scofield seorang designer pakaian telah membeli Hood Milk Bottle dengan harga $2,500.

Landmark E1616910655652

Pada hari ini, Hood Milk Bottle menjadi satu landmark terkenal di Boston.

2. The Longaberger Basket Building, Ohio, AS

The Basket Factory Longaberger E1616910844421

Sekitar tahun 2000, syarikat pembuat bakul yang berpangkalan di Ohio, Amerika Syarikat ini pernah merekodkan $1 bilion nilai jualan dan pernah menjadi tempat lebih daripada 8,200 orang untuk mencari rezeki. Itu belum kira independent distibutor lagi! Syarikat ini dianggarkan mempunyai kira-kira 45,000 independent distributor.

Walau bagaimanapun, disebabkan kemelesetan ekonomi, Syarikat Longaberger yang berusia 45 tahun ini terpaksa berhenti beroperasi pada tahun 2018.

Dai Longaberger Basket Hq 1200Xx3072 1728 0 160 E1616911672706

Bangunan tujuh tingkat itu pernah dibeli dan dirancang akan ditukar menjadi sebuah hotel mewah dengan 150 bilik. Pun begitu, disebabkan penularan wabak COVID-19, projek itu dibatalkan dan bangunan ini sekali lagi dijual semula di pasaran dengan harga $6.5 juta.

3. United Equipment Company, California, AS

United Building Revised E1616911738154

Berbentuk seperti sebuah bulldozer, bangunan ini sebenarnya pejabat untuk United Equipment yang menjual dan menyewa jentera pembinaan berat.

Digelar ‘duck’, bangunan ini kelihatan seperti bangunan pejabat biasa dari dalam. Ia mempunyai ruangan reception yang kecil, ruangan pejabat dan tangga yang menuju ke tingkat dua.

4. Bibliotheque Mejanes, Perancis

Ob 7193C5 Aix En Provence Bibliotheque Mejanes E1616911822137

Terletak di Aix-en-Provence, Perancis, bangunan menarik ini semestinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja terutama sekali ulat buku.

Selain berfungsi sebagai perpustakaan awam, bangunan yang diasaskan pada tahun 1810 ini juga mempunyai beberapa institut penyelidikan.

Reka bentuk bangunan ini adalah gabungan tiga buku gergasi iaitu buku The Outsider/The Stranger oleh Albert Camus’s L’Etranger, buku Little Prince oleh Antoine de Saint-Exupery dan the writings of Moliere.

Kalau anda tahu mana-mana bangunan dengan design menarik yang tidak tersenarai dalam list di atas, anda boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen!

Sumber: Atlas Obscura, Roadside America, Architectual Digest, Boston Magazine, Newark Advocate

Baca: Diilhamkan Dari Seni Bina Islam Seperti Alhambra, Designer Kongsi ‘Misteri’ Landskap Putrajaya

Featured 3 E1616907729521

Sumber: Boston.com
Sumber: bluesyemre

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.