in

Siapa Peminat HIMYM? Sitkom ‘Spin-Off’ How I Met Your Father Kini Dalam Pembikinan

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini peminat sitkom How I Met Your Mother (HIMYM)? Buat yang tidak tahu, HIMYM mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ted Mosby menceritakan kisah pertemuan dia dan isteri kepada dua orang anaknya.



Himym1

Berita baik buat anda! Sebuah sitkom yang bertajuk How I Met Your Father, spin-off dari HIMYM kini telah diumumkan kepada para penonton.

Menurut sumber, Hilary Duff akan menjadi watak utama di dalam siri ini. Dia akan membawa karakter yang sama seperti Ted Mosby, di mana dia akan menceritakan kisah pertemuan bersama suami kepada anak-anaknya.

Himyf 1 1200X900 1

Difahamkan, pelakon lain yang terlibat sama ialah Chris Lowell, Francia Raisa, Tom Ainsley, Tien Tran dan juga Suraj Sharma.

Lowell akan membawa watak seorang pemuzik yang bernama Jesse. Manakala Sharma akan membawa watak yang bernama Sid, rakan serumah Jesse yang memiliki sebuah bar minuman.

Menurut sumber, 10 episod pertama sitkom ini akan ditayangkan di Hulu. Bagaimanapun, tarikh tayangan How I Met Your Father masih belum didedahkan kepada umum.

Agak-agak, boleh ke How I Met Your Father mencapai populariti How I Met Your Mother? Sama-sama kita tunggu!

 

Sumber: IGN

BACA: 5 Sebab Anda Kena Tonton Breaking Bad, Siri Tentang Kartel Dadah & ‘Money Laundering’

Cover 13

Sumber: FilmWonk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.