in

“Siapa nak beli buah pinggang saya”- Pelarian Syria Nekad ‘Gadai’ Organ, Tak Nak Anak Mati Kelaparan & Kesejukan

Featured 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdesak sehingga sanggup menjual buah pinggangnya demi kelangsungan hidup keluarga termasuk 8 orang anaknya.


Jamal Baroud, seorang bapa di Syria terpaksa melakukan tindakan itu selepas buntu dalam mendapatkan khemah di kem pelarian utara negara itu.

Memetik laporan tempatan, Zaman Al Wasl

Jamal Baroud mengiklankan diri di tepi jalan sambil memegang kad menyatakan dia mahu jual buah pinggangnya.”

2 5

Keluarga Jamal dikatakan kehilangan tempat tinggal selama hampir sebulan ekoran perang saudara yang tiada kesudahan di negara itu.

 

Kelapan-lapan anak mengalami masalah kesihatan – buah pinggang, sawan dan tumbesaran terbantut

Lebih memilukan, lapan anaknya itu turut mempunyai masalah kesihatan termasuk masalah buah pinggang, sawan dan tumbesaran terbantut, lapor Harian Metro.

3 1

Sebelum ini dikatakan Jamal bekerja sebagai tukang jahit namun akibat kedaifannya, dia tidak mampu mendapatkan rawatan bagi anak-anaknya.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Jamal ditahan kononnya kerana dia terbabit dalam menyokong kepada revolusi.

“Diseksa sehingga leher patah sekaligus membuatkannya tidak mampu untuk bekerja”

“Pernah terfikir untuk membunuh diri dengan anaknya kerana tak sanggup melihat mereka mati kelaparan dan kesejukan”

 

Anak kini terpaksa jadi gelandangan akibat kesempitan hidup

Katanya sudah lebih 2 tahun anaknya tidak bersekolah dan menjadi gelandangan.

Rayuan kepada pelbagai organisasi juga telah dilakukan namun ianya sia-sia, tiada sebarang bantuan yang diterima.

Perang saudara di Syria sejak 2011 telah mengorbankan kira-kira 367,000 dengan 192,000 masih hilang dan hampir separuh rakyat negara itu kehilangan tempat tinggal.

 

Allahu sebak…

Baca : Kami dipaksa mkn babi  dilarang solat- Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan Istimewa Di Kem Tahanan Xinjiang.

1 10

Sumber: Odisi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.