Usahawan dan pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin, baru-baru ini meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila anak tunggalnya, Fatima Aisya, menjadi mangsa buli di media sosial selepas dipanggil dengan gelaran yang tidak baik oleh segelintir netizen.
Menurut Fazura, Fatima telah menerima kecaman sejak dilahirkan lagi daripada sesetengah individu di media sosial.
Lebih menyedihkan, terdapat juga pihak yang sanggup mengutuk arwah bapa Fazura yang telah meninggal dunia kira-kira 25 tahun lalu.
@f8buzz Mulut orang ni, Fatima yang kecil lagi pun nak dicerca 😠🔥 Fazura ditemui di Soft Launch dan Meet & Greet di Jakel Mall. Selain Faz, Jakelina (Elly Mazlein), Cik Epal dan Ammar turut hadir memeriahkan acara. #f8buzzgayahidup #fazura #fatima
Selain itu, nama panggilan Fatima iaitu Nyamma juga telah dikritik oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Fazura, Fatima ketika kecil masih belum pandai menyebut nama penuhnya iaitu Fatima jadi dia sebut Nyamma.

Artikel Berkaitan: “Fatimah tak nak lepas tangan ayah dia” – Momen Pernikahan Fattah Amin Dan Amira Othman Curi Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: Siap Bawa ‘Screenshot’ Komen Fitnah, Fazura Hadir Ke Pejabat MCMC
Menurut Fazura, sebagai ibu, sudah tentulah dia perlu mempertahankan anaknya itu dari terus dibuli oleh sesetengah individu terutamanya di media sosial.
Difahamkan, ketika majlis perkahwinan bapa Fatima iaitu bekas suami Fazura, Fattah Amin yang juga pelakon dengan Amira Othman, ada segelintir netizen yang menulis komen yang tidak baik ketika menonton siaran langsung majlis perkahwinan itu.

Walau bagaimanapun, Fazura tidak menyimpan perasaan dendam kepada individu-individu yang menulis komen tidak baik kepada anaknya itu kerana dia menyerahkan segalanya kepada Allah, lapor mStar.
