Siapa kat sini tak layan Nur 2? Ye, tak layan. Sebab drama bersiri ni kan tengah menjadi fenomena sekarang. Jadi, boleh dikatakan tak ramai yang tak mengikuti drama yang mendalam ni.
Abaikan Nur, Aisyah sup bunjut, Ustaz Adam dan Ustaz Hamadi tu, nampaknya musim kali ni ada kemunculan watak baru yang sekarang ni tengah menjadi tumpuan netizen dengan kelucuannya dalam salah satu babak cerita Nur 2.
Admin percaya pasti ramai antara korang tengah terhibur dengan keratan video daripada watak jiran Nur tu kan? Alaa, yang ni haa..
Akak Wongshu Wongshu
Cakap laju, suara lantang, dan paling melucukan skrip dalam babak ni yang buatkan kita semua tergelak bila menontonnya. Berulang kali pun tak bosan.
Disebabkan babak ini viral, ramai yang persoalkan kemunculannya dalam drama tersebut. Masing-masing tak tahu identiti ‘akak wongshu wongshu ni. Jadi, disini admin nak memperkenalkan Uchee ni. Uchee ini salah seorang krew produksi untuk Radius One Sdn Bhd, dimana produksi ini lah syarikat penerbitan drama Nur 2 ni.
Uchee Syafiqah Zakbah
Disebalik watak sebagai jiran Nur, Uchee ni sebenarnya merupakan penolong pengarah untuk drama Nur 2 ni. Patutlah gaya macam professional dia berlakon, kelakar!
Ibu kepada 3 orang anak ini lebih mesra dengan panggilan Uchee Fukada. Tapi sejak video babak Nur 2 tu, orang lebih panggil dia akak wongshu wongshu.
Ada netizen menggelarkan dirinya ini the next makcik petir. Laju gila dia cakap, tak ada silap sikit pun! Masa Suria FM hubungi dia baru-baru ini pun dia memang boleh cakap laju secara spontan. Kalau admin dah tergagap-gagap dah.
https://www.instagram.com/p/BwngF47BkGN/
Netizen terhibur
Kalau tak silap admin dia ni bekas pramugari tapi tak pasti samada betul atau tak. Apapun sejak akak ni viral, makin ramai nak tengok cerita Nur 2 ni.
Nur 2, dah nak sampai penghujung, kalau sesiapa yang baru nak tengok korang boleh layan cerita tu kat iflix je.