Astaghfirullahalazim… kali ini admin tak tahu nak cakap apa dah. Meskipun kawasan ini terdahulu pernah dilanda bencana tsunami, pun begitu nampaknya masyarakat yang tinggal di Acheh ni seperti tak pernah rasa takut atau serik.
Menerusi perkongsian di grup FB Musibah Di Malaysia & Luar Negara, sepasang kekasih didakwa kantoi sedang berasmara di atas bumbung sebuah masjid di Acheh. Allahuuu!
Orang masjid curiga nampak sepasang remaja tiba-tiba naik ke tingkat dua masjid
Menurut Serambinews, kejadian yang berlaku di Masjid Jamik Baitul Muttaqin Saree, Acheh ini bermula apabila kedua-dua orang remaja yang masih lagi pelajar ini dilihat tiba-tiba naik ke tingkat atas masjid pada petang tersebut.
Curiga dengan apa yang dilakukan remaja terbabit, beberapa orang masjid naik dan mengintip perlakuan budak-budak tersebut.
Pun begitu, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat dua remaja tersebut kantoi sedang buat perkara tak senonoh atas lantai bumbung masjid itu. Ya Allah dah kenapa ni dik oii!
Sumber: Facebook
Remaja dipukul dan dibawa ke balai polis
Geram melihat perbuatan remaja itu, individu yang menangkap mereka telah memukul suspek bertubi-tubi dan membawa mereka ke balai polis daerah Saree untuk mengelakkan kemarahan orang masjid yang lain.
Menurut laporan polis, pasangan terbabit masih lagi bawah umur dan video penangkapan mereka telah viral di media sosial Indonesia.
“Tak takut langsung balasan Allah”
Rakaman pasangan remaja yang viral tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mahu masyarakat di Acheh kembali mengingat semula bencana tsunami yang menimpa mereka tak lama dulu.
Harap-harap remaja ni bertaubatlah atas kesilapan mereka.