in

“Siap buat runaway!” – Netizen Bandingkan Baju Olimpik Malaysia Dengan Kanada?

Kanada 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial mengenai baju rasmi yang bakal dipakai oleh atlet Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada bulan Julai akan datang.

Ramai netizen dikatakan kecewa melihat rekaan baju jaket tersebut kerana tidak menonjolkan tema belang harimau yang selalu disinonimkan dengan atlet Malaysia.


Kanada 3
Sumber: olympic. Ca

Netizen banding baju Olimpik dengan negara Kanada?

Pun begitu, seorang pengguna X telah membandingkan baju Olimpik Malaysia dengan koleksi baju yang bakal disarungkan oleh atlet dari negara Kanada. Dia bagaimanapun telah membuat hantaran video memaparkan beberapa orang model memperagakan pakaian keluaran jenama Lululemon.

Artikel berkaitan: Ramai Kecewa Dengan Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Olimpik 2024, Ini Respon Menteri KBS

Artikel berkaitan: “Bukan peruntukan daripada kerajaan tapi ihsan penaja” – Isu Baju Kontinjen Negara, MOM Beri Penjelasan

Tengok event Kanada untuk reveal pakaian Olimpik. Lengkap dari majlis pembukaan, podium, media dan majlis penutup. Team Malaysia baru reveal untuk atlet naik podium pun dah bergegar sebab buruk sangat.

Dapat dilihat dalam video, koleksi tersebut menggunakan gabungan warna merah dan putih sama seperti warna bendera negara Kanada atlet paralimpik negara itu tidak terkecuali untuk memakai koleksi tersebut.

Setiap rekaan ada maksud tersendiri

Kanada 8
Sumber: reuters

Lebih menarik, setiap tema baju direka khas berbeza untuk majlis pembukaan, podium, media sehinggalah majlis penutup. Menurut pengarah kreatif jenama Lululemon, Audrey Reilly, koleksi pakaian itu diilhamkan daripada City of Light yang berlatarbelakangkan Paris sebagai lokasi temasya Sukan Olimpik 2024.

Bagi majlis pembukaan, ia menggunakan warna merah patriotik yang digabungkan dengan elemen unsur alam. Selain itu, pakaian untuk majlis penutup bertemakan ‘kegembiraan dan iluminasi’ beserta cetakan alam semula jadi langit aurora boeralis. 

Untuk temu bual media, para atlet akan memakai jaket twinset moden gabungan warna merah dan kuning cair. Bagi mengekspresikan kebanggaan ketika menaiki podium, para atlet akan memakai baju bertemakan daun maple.

Bukan hanya cantik pada mata, kesemua koleksi itu direka untuk meningkatkan keadaan fizikal dan emosi para atlet yang bakal berhadapan dengan musim panas di Paris.

Cantiknya baju Kanada! Semua ada maksud rupanya..

Sumber: X, Toronto Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.