in

“Siap beranak pinak” – [VIDEO] Netizen Ngeri Tengok Ular ‘Berumah’ Dalam Pendingin Hawa

Ft Apm Langkawi Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui keadaan cuaca sekarang yang sangat panas boleh menyebabkan haiwan reptilia mula untuk keluar daripada sarang mereka untuk mencari tempat yang lebih sejuk.


Ular yang kebiasaannya hidup di kawasan hutan atau semak samun akan keluar daripada habitatnya untuk mencari tempat yang lebih sesuai. Macam kes terbaru ni..

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang menemukan beberapa ekor ular di dalam penyaman udara di sebuah rumah.

@apmlangkawi

depa buat rumah pula dalam aircond ?? panas panas ni hampa pi check cepat kat rumah hampa ? steady je akak @Soley ni pegang 6 ekor terus ?? #apmeverest #angkatanpertahananawammalaysia #apmsanasini???? #foryoupage #fypシ゚viral?tiktok #langkawi #apmlangkawiterbaik

♬ Epic Music(812424) – Pavel

Apa yang lebih mengejutkan adalah anggota wanita APM itu menemukan bukan seekor tapi enam ekor ular yang dipercayai sudah bersarang di bahagian dalam aircond di dalam rumah tersebut.

Video itu menjadi tular selepas meraih lebih 400,000 jumlah tontonan dalam masa 2 hari ia dimuat naik ke TikTok dan kejadian dipercayai berlaku di Langkawi, Kedah.

Screenshot 22

Sehubungan dengan itu, pihak APM turut mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan peka dengan kehadiran haiwan ini terutamanya pada musim panas seperti sekarang.

“New fear unlocked” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ngeri selepas melihat enam ekor ular yang ditemui di dalam bahagian aircond itu. Selain itu, ada juga netizen yang masih tertanya bagaimanapun ular tersebut dapat memasuki rumah dan ruangan di pendingin hawa berkenaan.

Screenshot 19

Wehh seriau betul! Macam mana agaknya ular tu boleh masuk dalam aircond tu eh?

Sumber : TikTok, Kosmo!

Baca : “Seram nak ‘melabur’” – Ular Sawa 10kg Dijumpai Dalam Mangkuk Tandas

Ular 10Kg 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.