in

Siap Ada ‘Pasir’, Bakeri Ini Hasilkan Brownies Berbentuk Najis Kucing Sempena Halloween

F1 Nasty Cookie E1636173714149

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain rasa dan harga yang berpatutan, antara benda yang paling penting sebelum kita membeli sesuatu makanan seperti kek dan biskut adalah bentuknya. Kalau kita request kek bentuk kereta tapi yang datang kek kereta yang kemek atau tak cukup tayar, memang rasa nak marah sebab harga sebiji kek bukan murah.


Namun, sebuah bakeri terkenal di Singapura ini pula telah menghasilkan brownies berbentuk unik yang menyerupai najis kucing, lapor UNILAD.

Difahamkan, brownies dengan bentuk tersebut telah dihasilkan oleh bakeri Nasty Cookie bersempena Halloween dan kedai itu dikatakan menjual biskut yang tersedap di seluruh Singapura.

Bakeri tersebut telah mengumumkan tentang menu terbaru dari kedai mereka beberapa hari lalu menerusi Instagram mereka.

Brownies Unik 3

Dalam gambar yang dikongsikan oleh nastycookie itu, dapat dilihat yang brownies yang dijual dengan harga lima SGD (RM15) itu diletakkan bersama biskut yang dihancurkan agar biskut itu kelihatan sama seperti pasir kucing.

Walau bagaimanapun, brownies itu juga telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang teruja nak cuba makanan tu walaupun bentuknya lain daripada lain, mungkin sebab mereka tahu yang menu di bakeri tu memang sedap.

Photo 2021 10 17 10 17 07

Tidak kurang juga yang pelik dan rasa benda tu macam tak sesuai dijadikan makan. Ada juga netizen yang kata dorang nak beli brownies tu untuk buat prank kat kawan-kawan.

Photo 2021 10 17 10 17 05

So, apa pulak pendapat korang? Kalau ada kat Malaysia, korang nak beli atau cuba tak brownies ni? 

Sumber: UNILAD, Instagram @nastycookie

Baca: “Melawan hukum burger”- Sanggup Basuh Satu Persatu Isi Burger, Netizen Pelik Gadis Tak Suka Makan Dengan Sos

Sos Begerlora

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.