Isu mengenai pengasas Rumah Bonda dan adik Bella kini kembali menjadi bualan hangat apabila perbicaraan kes disambung semula semalam, amat memilukan buat hati rakyat Malaysia apabila saksi menceritakan bagaimana remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun ini didera.
Boleh baca disini untuk ketahui kisah penuh.
Di Twitter sekarang sedang hangat diperkatakan apabila salah seorang peguam untuk pengasas, Siti Bainun Ahd Razali ada muat naik gambar mereka semua ketika hari perbicaraan.
Sebahagian cross examination oleh peguam Siti Bainun kepada saksi pendakwaan kelima
Perkongsian gambar daripada Twitter itu menunjukkan salah seorang peguam, Hafidzah Hassan membuat cross examination dengan saksi kelima, Yasmin Nahar Mahmood.
Dalam thread tersebut, Hafidzah ada huraikan segala soalan dan membaca kandungan diari yang ditulis oleh saksi tersebut.
https://twitter.com/hafidzahhassan1/status/1514608745212694528
Dalam masa 13 jam thread tersebut dimuat naik, ia telah meraih lebih daripada 9,000 jumlah retweets dan ia mengundang pelbagai reaksi yang kurang senang di mata netizen.
Kalau benda in court stay in court – Netizen
Ramai yang mengkritik pekerjaan mereka, menurut netizen, ada antara mereka yang faham ia adalah tugas mereka untuk membela klien, namun warganet kurang senang melihat gaya mereka senyum dan membuat isyarat mini love itu ketika bergambar.
Hari ini, perbicaraan akan bersambung di hadapan Hakim Izralizam Sanusi .Apapun, sama-sama kita doakan agar segala perkara akan terungkai dalam kes ini.
Baca : Saksi Dedah Bella Disumbat 1,280 Cili & Tak Diberi Minum Air Sebab Tak Dengar Cakap Bainun