in

Shamsul Iskandar Mengaku Tidak Bersalah, Berdepan 4 Tuduhan Rasuah Berjumlah RM176,829.03

SHAMSUL ISKANDAR kes rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul Iskandar, 51 telah memohon dibicarakan selepas keempat-empat tuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.


Faham puan, tidak mengaku bersalah, mohon bicara,” katanya tenang ketika sesi prosiding tersebut.

shamsul iskandar

4 tuduhan libat Shamsul Iskandar

Untuk pertuduhan pertama, Shamsul Iskandar sebagai seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, telah didakwa secara rasuah menyetuju terima untuk dirinya suapan iaitu wang tunai sebanyak RM100,000.00 daripada ahli perniagaan, Tei Jiann Cheing, sebagai dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.

Ia dengan membantu syarikat yang Jiann Cheng mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun sebenarnya perbuatan itu tak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.

Perbuatan tersebut dilakukan di tempat letak kereta, YTL Majestic Hotel, No 5, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini, pada 24 November 2023.

G7SkFWZa4AAPBeq

Artikel berkaitan: “Nak suruh buat apa lagi?” – PMX Bidas Tuduhan Campur Tangan Dalam Siasatan Shamsul Iskandar

Artikel berkaitan: SPRM Siasat Pasangan Pegawai Imigresen Beli Kereta Mewah, Buka Kedai Emas Guna Duit Rasuah

Bagi pertuduhan kedua, Shamsul Iskandar juga didakwa memperoleh suapan untuk dirinya sendiri, iaitu wang tunai RM40,000 daripada Jiann Cheing bagi tujuan sama di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini, pada 29 Januari 2024.

Selain itu, bagi dua lagi pertuduhan, Shamsul memperoleh untuk dirinya sendiri satu suapan, iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada individu sama bagi tujuan sama.

Kedua-dua kesalahan ini didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini, antara 7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024 serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 26 Februari dan 5 Mac 2024.

Bagi keempat-empat tuduhan itu, Shamsul Iskandar didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Shamsul juga berdepan dengan hukuman mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Sumber: Berita Harian

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.