Kalau Malaysia yang boleh kahwin 4 ni pun, bila kahwin 2 ada yang sampai macam perang dunia ketiga apatah lagi nak penuhkan quota, lagi-lagi kalau kahwin tu dijadikan ‘hobi’ macam lelaki dari Thailand, Tambon Prasert ini.
Katanya di terlalu suka kahwin sampaikan sekarang ini dia dah ada 120 orang isteri! Difahamkan, isterinya duduk diseluruh pelusuk Thailand.
Saya mempunyai 120 isteri, 28 anak.”

Menurut sumber, kesemua isterinya saling mengenali antara satu sama lain dan mereka terima seadanya dan masing-masing saling menyayanginya,
Tambon Prasert yang kini merupakan Ketua Daerah di Phromnee, di wilayah Nakorn Nayok, Thailand, kira-kira 90 km dari Bangkok ini juga merupakan usahawan pembinaan yang cukup berjaya.
Dia ini memang suka berkahwin dan mula ‘buka cawangan’ sejak dari umur remaja lagi.
Mula berkahwin dengan isteri pertama semasa berumur 17 tahun

Tambon Prasert yang umurnya sudah menjangkau 60-an itu kongsikan bahawa dia mula berkahwin dengan isteri pertamanya ketika umur 17 tahun dan muda daripadanya merupakan ciri-ciri wanita yang dia idamkan untuk menjadi isterinya.
Dia tidak menyukai wanita yang lebih tua kerana mereka suka membebel dan suka bertengkar.
“Perkahwinan pertama saya adalah ketika saya berumur 17 tahun. Isteri pertama saya 1-2 tahun lebih muda dari saya dan kami mempunyai 3 orang anak bersama. Selepas itu, saya terus mendapat lebih banyak isteri”
Kebanyakan isteri berumur bawah 20 tahun, akan berkahwin setiap kali bina rumah

“Isteri saya yang lain, kebanyakan mereka adalah wanita muda dan berumur 20- Saya tidak suka wanita yang lebih tua kerana mereka terlalu leceh dan suka bertengkar.”
Minatnya untuk berkahwin itu makin membuak-buak ketika sudah membangunkan perniagaan sendiri saat sudah menjangkau dewasa.
Sebagai kontraktor binaan, sudah semestinya kerjanya akan berubah-ubah tempat, jadi dia mengambil peluang itu untuk melakukan ‘hobinya’ itu.
“Saya adalah kontraktor pembinaan. Setiap kali saya membina rumah, saya akan berkahwin di sana. Saya sayang mereka semua dan mereka semua menyayangi saya juga”.

Bila nak kahwin je, dia mesti akan beritahu ‘jodoh’ barunya itu yang dia mempunyai ramai isteri, malah dia selalu meminta izin dari semua isteri lamanya dan selalunya mereka bersetuju.
Tapi, kalau mereka tak setuju, Tambon pun tak nak kahwin 22 daripada 120 isterinya itu tingga dikawasan yang sama dengan dia di Phromnee dan yang lain-lain semua di daerah luar daripada kawasan dia tinggal di seluruh Thailand.

Katanya lagi, semua isterinya berkahwin secara sah dan mengikut adat. Oleh itu dia tidak pernah ada isu dengan isterinya ataupun dengan pihak lain. Dia juga mampu menyara semua isteri dan anak-anaknya dengan baik kerana dia ada wang yang cukup.
Memang meriah grup wassap keluarga mereka ni. Tunggu ahli baru masuk pun ada juga tu.
Baca : “Tak payah nak idolakan poligami” – Lelaki Kongsi Kisah Ibunya Pasal ‘Realiti Duka’ Berkongsi Suami

