in

“Setahun sekali nak kena tukar buah pinggang ke apa?” – Doktor ‘Sound’ Orang Kata Tak Guna Air Tapis ‘Effect’ Pinggang

Airtapis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada sesiapa yang tak ada air penapis kat rumah, tak payah lah nak rasa diri tu tak sihat sangat, tak perlu nak hadap sangat kata-kata ejen tu.


Doktor Ahmad Firdaus sendiri tak kisah kalau pakai penapis air biasa, biar pinggang boleh rosak? Nah! Hadamkan apa yang dia sampaikan ni.

 

“Doktor tak pakai water filter ke doktor?”

51591204 10156037241952592 1308553870825226240 O

Dia tak menafikan ada kepentingan water filter dirumah, tapi pakai yang biasa dah memadai, hanya sekadar untuk menapis kelodak yang ada dalam bekalan air mentah yang menganggu rasa minuman.

“Kadang – kadang kelodak dalam air akan buat rasa air kurang enak, jadi saya lebih selesa menggunakan water filter. Murah je pun tak sampai RM 200. Jenama Panasonic. Bila sampai masa ya, hanya perlu tukar penapis yang baru. Tak sampai RM 100..”

 

“Doktor tak takut ke dengan bahan kimia dalam bekalan air? Boleh lekat dekat buah pinggang tau?!”

Tambahnya lagi, buah pinggang pun ada penapisnya sendiri yang sudah cukup lengkap untuk mengawal asid dalam badan. Malah filter buang pinggang bukanlah macam filter air

“Apa yang kamu merepek ni? Memang la fungsi buah pinggang untuk ‘filter’ darah. Tapi ia bukanlah semudah itu. ‘Filter’ buah pinggang bukan macam water filter.

Kalau macam tu, setahun sekali nak kena tukar buah pinggang ke apa?”

“Awak ingat air terus masuk dalam darah ke macam mana?”

“Sistem badan kita sudah lengkap dengan sistem untuk mengawal asid dan bes dalam badan. Belum sempat masuk sistem darah pun dah ada berbagai mekanisme badan mengawal apa yang akan sampai ke salur darah dan sel. Tak usah percaya la orang dok jual air alkali bagai.”

“Cuba tanya dia, apakah tahap pH dalam perut? Alkali ke asid? 
Nak lagi ‘power’, tanya penjual tu mana satu lagi sifat menghakis; alkali atau asid?”

“Pakai je la mana – mana filter ikut suka. Tapi jangan lupa untuk masak dulu. Air lebih afdhal diminum jika di masak dahulu. Memang tak mati kalau minum terus, tapi kita nak kurangkan insiden jangkitan kuman melalui air.”

Tak dinafikan kegunaan air tapis sekarang jauh lebih mudah berbanding penapis air biasa, tapi seperti yang dikatakan tadi, minumlah air apa-apa sekali pun dah bagus dan tidak memudaratkan

“Nak pakai water filter GoAway atau Kokok pun, pakai la. Ikut kemampuan masing – masing. Memang mudah jika ada filter jenis yang boleh proses air yang terus panas atau sejuk. Tapi tengoklah kemampuan dan kegunaan.

Macam saya yang baru beranak dua ni, sempat je nak masak air dan simpan dalam bekas atau flask. Elektrik pun jimat.”

Tapi biasaanya dengan doktor ini sangkal dakwaan yang digambar-gemburkan ini, pastinya akan membuatkan ejen-ejen penjual air menganggap bahawa para doktor sengaja menutup periuk nasi mereka.

 

“Doktor cakap macam ni, tak risau ke tutup periuk nasi penjual water filter?”

Baginya, para penjual ini terlalu melampau ingin mempromosikan produk mereka sehingga bercanggah dengan fakta (overclaim) 

“Apa ke merepek benor kamu ni? 
Penjual sendiri yang tutup periuk nasi mereka apabila bagi claim bukan bukan boleh sembuh berbagai penyakit. Sendiri cari penyakit lah.”

“Meh saya berikan tips untuk buka periuk nasi tu.
JANGAN OVERCLAIM dalam pemasaran produk. Pelanggan akan lebih hargai peniaga yang ikhlas, tidak menipu dan berikan perhidmatan tip – top.”

Mesej sahaja:
“Apa khabar tuan? Mesin penapis ok ke? Saya nak uruskan untuk maintenance. Boleh saya arrange tarikh dengan tuan?”

“Simple je kan? 
OK la. Tak simple. Tapi boleh faham kan?”

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Apa yang cuba di sampaikan penapis air ni bukanlah tak bagus, ada sahaja kemudahannya tersendiri, misalnya air ditapis dan boleh diminum terus malah boleh dapat yang sejuk atau yang panas sekali.

Tetapi jangan lah terlalu overclaim sangat, sebab admin sendiri pernah alami ada ejen sampai nak emo kata tak nak jaga kesihatan.

 

Baca : Menangguk Di Air Yang Keruh! Doktor Kecam Penjual Essential Oil Ambil Kesempatan Kononnya Claim Boleh Tapis Udara Tercemar di Pasir Gudang

Penapisair

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.