in

“Serius jangan pakai wei” – Korang Tak Digalakkan Untuk Guna Gambar Ni Sebagai Wallpaper Phone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang suka cari gambar di internet untuk dijadikan wallpaper handphone masing-masing kan. Baru lah puas hati setiap kali tengok phone kalau wallpaper tu cantik. 


Namun, korang jangan pilih gambar sesuka hati sebab sekarang ni ada gambar wallpaper yang boleh rosakkan phone korang.

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, @UniverseIce semalam. Ini lah gambar yang diperkatakan tu.

Ada yang kata phone dorang kena restart banyak kali lepas guna gambar tersebut sebagai wallpaper. Yang peliknya, perkara ini hanya terjadi pada pengguna Android. So, siapa yang guna iPhone tu selamat lah. 

Lepas guna wallpaper terbabit, ada telefon yang jadi unresponsive macam ni.

Ada juga antara mereka yang terpaksa reset balik telefon lepas ‘terguna’ gambar tersebut.

Rupanya ini sebabnya. Difahamkan, sistem Android tidak menyokong Colour Profile gambar terbabit.

Jadi, kalau sesiapa yang masih nak guna wallpaper ni, korang kena ikut step ni dulu untuk tukar gambar tu menjadi sRGB Colour Profile.

Takpe lah, rasanya lebih baik kalau korang cari je gambar lain kat Google. Ada banyak lagi gambar lain yang cantik dan tak membahayakan untuk letak kat phone. 

Baca: “Online banking kena hacked” – Ramai Pengguna Smartphone ‘Complain’ Akaun Mereka Cuba Digodam Lepas Install Houseparty App?

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.