in

“Sepatutnya gembira untuk graduasinya”- Remaja Maut, Alat Sulit Hancur Lepas Dirogol Beramai-Ramai Kawan Sendiri

Featured 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dirogol dengan ganas oleh empat rakannya ketika dia tidak sedarkan diri.


Jhoselin Monical Calani, 17 tahun disahkan meninggal dunia di hospital, genap dua minggu selepas kejadian tersebut.

Lapor dailystar, dalam kejadian di Oruro, Barat Bolivia,alat sulit mangsa dilaporkan hancur selepas diperlakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh rakan-rakannya itu.

8 Js197667588
Sumber: dailystar

Mengikut cerita, Jhoselin dilaporkan tidak sedarkan diri selepas minum 2 gelas minuman keras.

Dia tidak ingat apa yang berlaku selepas dia bangun, cuma dia rasa sangat sejuk dan sakit di bahangian pinggul selain sukar untuk berdiri.”

Namun Jhoselin berjaya keluar dari ‘rumah’ tersebut sebelum diselamatkan pejalan kaki yang kemudiannya membawa dia ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad kerana kondisinya yang kritikal.

Dia dilaporkan menjalani pembedahan, namun meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.

“Suspek mengambil kesempatan atas hubungan persahabatan mereka sebelum mula memperlakukan mangsa secara seksual.”- Pendakwaraya

0 N3 Js197667587
Sumber: dailystar

Katanya kesemua suspek kini sudah ditahan dan siasatan keatas mereka sedang dijalankan.

Suspek juga sudah ditahan dan sedang disiasat atas tuduhan berkenaan.

Apa yang menyedihkan ibu Jhoselin ialah anaknya itu sepatutnya sudah menamatkan pengajiannya di sekolah.

“Kami merana meraikan graduaso anak kami.Keadilan harus ditegakkan. Mereka mesti bayar apa yang mereka lakukan, mereka tidak patut dihukum sebagai pesalah bawah umur”

Jika sabit kesalahan, suspek berhadapan hukuman penjara selama 30 tahun.

 

Weh! Dasar…

Baca : Bukan sekali, tapi banyak kali Imam Masjid Didakwa Rogol Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Imam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.