in

Sepantas Kilat! Dua Motor Halang Jalan Untuk Beri Peluang Rakan Pecah Tingkap Kereta

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sudah memasuki tahun 2020, banyak perubahan yang berlaku pada dunia ini jika nak dibandingkan dengan zaman dahulu. Bukan sahaja teknologi yang berkembang, malah teknik rompakan juga turut mengikut peredaran zaman.


Baru-baru ini, tular sebuah video jenayah terancang yang berlaku di sebuah jalan, dipercayai berlaku di Malaysia. Berdasarkan video yang tersebar, tiga buah motor dipercayai bekerjasama untuk merompak kereta yang meletakkan barang berharga di kerusi bahagian penumpang.

Taktik rompakan mereka mudah dan pantas, untuk permulaan mereka akan memantau mana-mana kereta yang mempunyai ‘habuan’ di kerusi penumpang. Mereka berlakon seolah-olah sedang menyelit di celah-celah kereta, walhal sedang memerhatikan keadaan dalam kereta.

1 18

Dua buah motor lagi pula berperanan menghalang laluan tengah jalan raya, agar tidak dilalui oleh pengguna motosikal lain. Dipercayai bertujuan untuk memberi ruang rakan dihadapan menjalan tugasan mereka.

2 13

Meskipun pada siang hari dan ramai yang memerhati, sepantas kilat mereka berjaya merompak dan melarikan diri dengan menggunakan motosikal di celahan kesesakan lalu lintas.

Kebanyakan perompak ini menjadikan wanita yang memandu berseorangan sebagai mangsa. Sebagai langkah keselamatan, jangan letakkan beg anda di bahagian kerusi penumpang. Sorok beg di ruangan bawah kerusi, agar lebih terlindung daripada manusia durjana ini.

Semoga perompak-perompak ini ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.

Video penuh:

Sumber: SanjeevanSS

 

BACA: [VIDEO] Pakai Mask & Hand Sanitizer Sebelum Merompak Kedai Emas, Kumpulan Perompak Ini Tarik Perhatian Netizen

Capture 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.