in

Seorang Wanita Terjatuh Dari Jejambat Berhampiran i-City, Disahkan Meninggal Dunia

wanita terjatuh dari jejambat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah jejambat berhampiran i-City, Shah Alam, Selangor.

Memetik laporan BERNAMA, wanita itu pada mulanya ditemui oleh orang awam dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya.


Pihak polis kemudiannya bergegas ke lokasi tersebut setelah mendapat makluman daripada orang awam sekitar jam 3 petang semalam.

Pihak perubatan Hospital Shah Alam kemudiannya mengesahkan wanita tersebut telah meninggal dunia.

gambar hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: “Shaking gila” – Penumpang Menjerit, Terkejut Dengar Dentuman Beberapa Kali Di Stesen LRT Abdullah Hukum

Artikel berkaitan: Seorang Penumpang Maut, Terjatuh Di Kawasan Landasan Stesen LRT Titiwangsa Pagi Tadi

Hasil siasatan awal mendapati bahawa wanita itu terjatuh ke jalan raya dari jejambat tersebut.

Mangsa juga dikatakan telah dilanggar oleh kenderaan setelah terjatuh.

gambar hiasan 2
Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan, kewarganegaraan wanita tersebut belum dikenal pasti.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Sumber: BERNAMA

Sumber: theSun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.