in

Seorang Lagi Saintis Angkasa Akan Bersemadi Di Bulan Menerusi Misi Luna 2 NASA

Untitled Collage 84

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilapor sedang melakukan persediaan untuk melakukan misi membawa abu mayat manusia ke bulan tahun hadapan.

Memetik laporan CNN Indonesia, ia merupakan sebahagian daripada program pengkebumian komersil yang dilakukan dalam misi ke bulan agensi itu — dinamakan sebagai Luna 2.


Program ini merupakan hasil kerjasama NASA bersama sebuah firma pengkebumian luar angkasa yang berpengkalan di Texas, dikenali sebagai Celestis.

Menerusi program kali ini, Celestis dilapor akan menyediakan lebih daripada 12 kapsul berisi abu mayat manusia untuk dibawa menaiki penerbangan ke bulan —  antaranya termasuk abu mayat seorang saintis angkasa lepas wanita, Mareta West.

West merupakan individu yang bertanggungjawab menentukan tapak pendaratan kapal angkasa Apollo 11 dalam ekspedisi pertama manusia ke bulan.

Pada saat ini, hanya mayat seorang individu saja yang telah disemadikan di permukaan bulan iaitu Eugene Shoemaker yang juga merupakan seorang saintis legenda.

812 As11 44 6551 1280 Main

Misi Luna 2 dijadualkan akan berlepas pada Julai tahun depan, ke sebuah lokasi di bulan yang dikenali sebagai Lacus Mortis.

Pakej pengkebumian abu mayat manusia di bulan hasil kerjasama NASA dan Celestis ini bermula dari harga $12,500.

 

Baca: “Baru 9 tahun dah banggakan Malaysia” – Si Genius Cilik Menang Pertandingan Cipta Tandas Untuk Angkasawan Anjuran NASA

Capture 41

Sumber: NASA
Sumber: NASA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.