in

“Senang teruk ni” – Jom Cuba 3 Resipi Kuih Raya Simple Tanpa Guna Oven Ni!

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ni dah merupakan tahun ke-2 kebanyakan dari kita tak dapat nak beraya bersama ibu bapa di kampung kerana sekatan rentas negeri.


Bagi yang masih bujang dan tinggal di rumah sewa tu, mesti agak sukar nak menikmati juadah raya kan? Lagi-lagi bila tinggal di rumah sewa, mana pula nak cari oven untuk buat kuih raya.

Disebabkan ini, hari ini admin nak share kan beberapa kuih raya yang simple tanpa gunakan oven untuk korang cuba buat di rumah. At least, tak dapat beraya di kampung pun dapatlah feel raya sikit bila buat juadah raya sendiri kan? Jom!

3 Resipi Kuih Raya Tanpa Guna Oven

1. Biskut Coco Pops Badam

Fb Img 1555326509302

Siapa je yang tak minat makan Coco Pops ni kan? Makan macam tu je pun dah sedap!

Kalau korang nak tahu, resipi ni senang teruk tau, hanya guna empat bahan je, semua senang nak cari. Jom buat!

Bahan bahan:

  • Coklat masakan – 300g (lebih sikit kalau korang memang penggemar tegar coklat)
  • Hirisan badam – 500g
  • 1 kotak bijiran Coco Pops – 400g
  • Peanut butter – 4-6 sudu besar

Cara-cara:

Mula-mula korang sangaikan badam yang dah siap dihiris tu. Kalau tak tahu sangai tu apa, korang goreng badam tu dalam kuali tanpa minyak hingga sedikit perang dan rangup.

Lepas tu, menggunakan kaedah double boil, iaitu letakkan mangkuk ke atas air dan cairkan coklat masakan. Lepas dah cair korang boleh masukkan peanut butter untuk tambah lemak.

Kalau nak lebih mudah, korang boleh cairkan coklat dan peanut butter ni dalam microwave. Tak perlu lama, kurang dari 30 saat pun dah cukup.

Lepas dah siap, masukkan bijiran Coco Pops dan badam ke dalam coklat yang dah dicairkan dengan peanut butter dan gaul sampai rata.

Fb Img 1555326506755

Lepas dah sebati, korang boleh masukkan adunan korang dalam bekas cawan kertas kecil-kecil tu.Tapi kena buat cepat-cepat tau jangan sampai adunan korang jadi keras.

Bila dah sejuk korang bolehlah simpan dalam bekas kedap udara, siapppp. Fuh sedap makan sambil tengok movie ni.

2. Nutella bar

Img 20170619 185847

Haa, yang ni tengok gambar pun dah kecur air liur. Takyah buang masa, jom tengok resipi yang hanya guna tiga bahan je!

Bahan bahan:

  • Biskut Marie
  • Nutella
  • Coklat masakan

Cara-cara:

Hancurkan biskut marie kalau malas boleh je pakai blender.

Lepastu gaulkan biskut yang dah hancur tu dengan nutella dalam mangkuk. Ratakan adunan ni dekat dalam loyang dan tekap bagi padat.

Cairkan coklat masakan guna teknik double boil atau dalam microwave dan tuangkan coklat yang dah cair ke atas adunan korang tadi.

Lepastu masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit, dah keras korang boleh potong ikut saiz kesukaan korang dan siap!

Senangkan?

3. Crispy chocolate bar

Img 20170619 183242

Eh, apa ni, makin lama makin sikit pulak bahan yang kita guna. Kali ni, cuma guna dua bahan je!

Bahan-bahan:

  • Bertih beras coklat (boleh dapatkan dekat kedai bakery)
  • Coklat masakan

Cara-cara:

Letakkan bertih beras dalam mangkuk, cairkan coklat dekat atas dapur kemudian tuangkan coklat yang dah cair ke dalam mangkuk bertih beras dan gaul sampai rata.

Dah rata letak dalam loyang, tekan sampai mampat dan sejukkan dalam peti ais selama 10 minit sebelum potong bentuk segi empat dan susun dalam balang.

Mudah, cepat, confirm sedap!

Ha, tunggu apa lagi? Jom lah buat alang-alang cuti raya tahun ni panjang.

Sumber: Blog

 

Baca: Suka Biskut Oreo? Ini 5 Resipi Mudah Yang Korang Boleh Cuba Buat Untuk Raya Tahun Ni!

Screenshot 2021 05 10 At 4.06.51 Pm

Sumber: Sirap Limau
Sumber: Sirap Limau
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.